
Pelakon Puteri Balqis meluahkan rasa bengang terhadap sesetengah produk tempatan yang memintanya untuk melakukan ‘reviu’ tidak jujur kerana mahu menarik lebih ramai pembeli.
Tak pandai nak ‘overclaim‘

Menerusi perkongsian di TikTok, Puteri Balqis Azizi, 18, menitipkan peringatan tegas kepada para pengusaha tempatan, khususnya yang terlibat dalam penjualan produk kecantikan seperti alat solek dan penjagaan kulit.
Jelas Balqis, dia tidak boleh menipu sekiranya sesuatu produk itu tidak bagus kerana pembeli bijak dalam membuat penilaian tersendiri.
Untuk lokal produk, kalau produk yang dijual berharga RM50, tolong buat macam harga RM50 sebab penyokong artis ini tidak bodoh.
Mereka pun dah cuba banyak produk. Saya penat sebab produk tak bagus tapi kena overclaim.
Kalau produk memang tak bagus, jangan bagi kami buat reviu jujur sebab bila buat reviu jujur pihak kamu pula potong dalam video.
Mengulas lebih lanjut, Balqis berkata dia tidak dapat melelapkan mata selama tiga hari kerana terpaksa merakam semula video reviu gara-gara memberi ulasan jujur.
Sementara itu, Balqis turut berkongsi sebelum dia melakukan sesuatu reviu, dia akan mencuba terlebih dahulu agar ulasan yang diberikan adalah jujur.
Saya bukan seperti pempengaruh yang pacak kamera dalam kereta dan buat reviu tak jujur.
Saya akan cuba produk itu dahulu sebelum membuat reviu.





