27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Abby Abadi Respon Isu Lelaki Culas Nafkah – ‘Anak-Anak Tetap Perlu Makan, Minum & Tempat Tinggal’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi Abby Abadi tampil bersetuju terhadap tindakan seorang wanita yang menghalang bekas suaminya daripada bertemu anak-anak kerana culas menunaikan nafkah.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Minta Nafkah Waktu Anak-Anak Masih Kecil, Sebab Tahu Dia Tak Mampu’ – Abby Abadi

    Artikel Berkaitan: Abby Abadi Nafi Dengki Dengan Anak Sendiri – ‘Selama Aku Hidup Tak Pernah Minta Duit Orang’

    Nafkah anak

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu berpendapat bahawa orang luar tidak sepatutnya mengkritik tindakan wanita berkenaan kerana tidak ramai yang memahami situasi yang sedang dihadapinya.

    Elok la tak bagi jumpa anak sebab nafkah tertunggah. Yang tiada dalam keadaan itu, awak tidak akan faham apa yang ibu itu lalui. Baik diam saja.

    Sakit ke merangkak ke, nafkah tetap nafkah.

    Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Abby yang bersetuju terhadap pandangan individu terbabit kerana memahami pengorbanan yang terpaksa dilalui ibu tunggal tanpa nafkah daripada bekas suami.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Tumpang Gembira Lihat Rezeki Kamal Adli Terus Melimpah – ‘Tahun 2026 Tahun Dia’

    Tambah Abby, kebanyakan wanita banyak menguruskan pelbagai perkara sendiri dalam rumah tangga namun segala-galanya terlihat lebih jelas selepas sah bercerai.

    Iya kan. Tak fikir siapa yang tanggung kalau dah berpisah dan nafkah terabai.

    Masa berjalan, anak-anak membesar. Itu semua kena bagi makan, minum, tempat tinggal, dan sekolah.

    Ada masa bersama, isteri banyak pejam mata. Uruskan banyak perkara.

    Bila bercerai, jelas nampak.

    Sumber: Threads @abbyabadi_112

    The post Abby Abadi Respon Isu Lelaki Culas Nafkah – ‘Anak-Anak Tetap Perlu Makan, Minum & Tempat Tinggal’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah