33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gabungan Mantap Diskoria & Sheila Majid Bakal Bawa Magis Masa Silam Jun Ini

    Shopee Sale



    Sheila Majid

    MY Deteksi bersama Sembang Kari Entertainment sebagai pengajur dan Tourism Malaysia berbangga membawakan satu-satunya konsert yang akan dibanjiri genre muzik disko menerusi A Time Travel Diskoria With A Special Guest Sheila Majid.

    Mimpi jadi kenyataan

    Sheila Majid

    Ketika ditemui Diskoria meluahkan rasa teruja kerana bakal beraksi di atas satu pentas bersama Datuk Sheila Majid.

    Semasa pertama kali kami diberitahu akan kolaborasi bersama Datuk Sheila Majid ianya seperti ‘dream come true’.

    Walaupun Datuk banyak lagu jazz tetapi lagu pop juga ada, jadi ianya tidak susah untuk kami berkerjasama.

    Diskoria yang dianggotai oleh Merdi Simanjuntak dan Fadli Aat itu berkata konsert kali ini merupakan kali ketiga mereka membuat persembahan di Malaysia.

    Kami sangat teruja untuk membuat persembahan di Malaysia kerana kami terima banyak respon yang baik dari pendengar di sini.  

    Harapan kami adalah kami dapat berkongsi energi dengan semua yang hadir di konsert itu nanti.

    Diskoria berkata demikian semasa sidang media konsert berkenaan yang diadakan di Perdana Kuala Lumpur City Centre, baru-baru ini.

    Dalam pada itu, meskipun tidak dapat menghadirikan diri ke sidang media, pelantun lagu Sinaran tersebut sempat meninggalkan pesanan menerusi sebuah video.  

    Saya harap saya dapat berjumpa dengan anda semua pada 14 Jun ini di Zepp, Kuala Lumpur, di mana saya dan Diskoria akan membuat persembahan. Let’s party! 

    Sementara itu, selaku penganjur, Shafika Mazlan dari MYdeteksi berkata pihaknya juga tidak sabar untuk melihat penyatuan pelopor muzik disko Indonesia dan ratu jazz negara tersebut.

    Selaku penganjur kami di MYdeteksi bersama Sembang Kari Entertainment dan Tourism Malaysia , kami berbesar hati di atas persetujuan legenda Datuk Sheila Majid sebagai penampilan khas untuk konsert itu nanti.

    Jangan ketinggalan untuk dapatkan segera tiket anda menerusi http://www.myticket.asia.

    MENARIK:  Amerul Affendi Teringin Bawa Watak Romantis

    Harga tiket bagi konsert ini adalah, Serenta Jiwa Lara (RM165), Sinaran (RM165), C.H.R.I.S.Y.E (RM220) Badai Pasti Berlalu (RM320).

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah