29.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas menteri pendidikan Indonesia dihukum penjara 10 tahun

    Shopee Sale

    GLOBAL | Bekas Menteri Pendidikan Indonesia Nadiem Anwar Makarim hari ini dihukum penjara 10 tahun selepas mahkamah mendapati dia bersalah atas tuduhan rasuah dalam kes yang melibatkan perolehan komputer riba Chromebook di bawah program pendigitalan negara itu.

    Mahkamah Rasuah Jakarta Pusat memutuskan Nadiem menyalahgunakan kuasanya dalam perolehan komputer tersebut serta sistem pengurusan perananti Chrome oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi.

    Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 2019 dan 2022, menyebabkan Indonesia kerugian sebanyak Rp1.56 trilion (RM355 juta).

    Mahkamah turut mengenakan denda Rp1 bilion (hampir RM228,000) atau penjara selama 190 hari jika ia tidak dijelaskan.

    Menurut agensi berita rasmi negara itu, Antara, Nadiem juga dituntut membayar ganti rugi Rp809.59 bilion (kira-kira RM184 juta) atau berdepan hukuman penjara tambahan lima tahun.

    MENARIK:  Polis siasat mesej kepada isteri Rafizi sebagai ugutan jenayah

    Menurut Antara, mahkamah memutuskan pengasas syarikat pengangkutan Indonesia Gojek sebelum menyertai kabinet itu menerima Rp809.59 bilion menerusi syarikat PT Aplikasi Karya Anak Bangsa.

    Menurut mahkamah, kebanyakan dana syarikat itu berasal daripada pelaburan AS$786.99 juta (kira-kira RM3.21 bilion) oleh Google.

    Hasil perbicaraan yang dijalankan, mahkamah mendapati kesalahan tersebut dilakukan oleh Nadiem bersama empat individu lain. Tiga daripadanya telah disabitkan dalam perbicaraan berasingan, manakala seorang lagi suspek masih diburu.

    Hukuman penjara 10 tahun yang ditetapkan mahkamah itu adalah lebih ringan berbanding permintaan pihak pendakwa yang mahu Nadiem dipenjara 18 tahun.

    Pihak pendakwaan juga memohon agar tertuduh didenda Rp1 bilion (RM228,000) dan ganti rugi Rp5.67 trilion (RMRM1.29 bilion).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah