33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nad Zainal Selamat Bersalin, Timang Cahaya Mata Lelaki – ‘Ibu & Bayi Dalam Keadaan Sihat & Comel’

    Shopee Sale

    Pelakon Ungku Ismail berkongsi berita gembira apabila memaklumkan isterinya yang juga pelakon, Nad Zainal, selamat melahirkan cahaya mata mereka.

    Nad Zainal timang bayi lelaki

    View this post on Instagram

    A post shared by Abu Puteh (@ungkuismailaziz)

    Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Ungku Ismail memaklumkan proses kelahiran berjalan lancar dan isteri, Farah Nadia Zainal Abidin, 36, serta bayi berada dalam keadaan sihat.

    Isteri saya selamat melahirkan anak kami pada jam 9.41 pagi tadi.

    Ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan comel. Alhamdulillah.

    Ungku Ismail juga memaklumkan mereka dikurniakan seorang bayi lelaki.

    It’s a boy,.

    Terima kasih kepada semua atas ucapan dan ad’iyah yang baik.

    Untuk rekod, Nad dan Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ungku Indera Puteh Al Maajid yang berusia tiga tahun. 

    MENARIK:  Daler Yusuf Minta Maaf Kepada Puteri Balqis – ‘Hanya Mahu Tegur Lelaki Tak Boleh Kurang Ajar Dengan Perempuan’

    Sebelum itu, Nad pernah berkahwin dengan Muhamad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 dan bercerai pada 2022. 

    Hasil perkahwinan, Nad dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 10, dan Budi Kalsom, 5.

    Sumber: Instagram Ungku Ismail

    The post Nad Zainal Selamat Bersalin, Timang Cahaya Mata Lelaki – ‘Ibu & Bayi Dalam Keadaan Sihat & Comel’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah