32.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trump tangguh serangan, beri talian hayat rundingan damai Iran-AS

    Shopee Sale

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Isnin bahawa dia telah menghentikan sementara serangan yang dirancang terhadap Iran bagi membolehkan rundingan diteruskan ke arah mencapai perjanjian menamatkan peranang AS-Israel, selepas Iran mengemukakan cadangan damai baharu kepada Washington.

    Reuters memetik Trump sebagai berkata dia telah mengarahkan tentera AS bahawa “kami tidak akan melaksanakan serangan yang dijadualkan ke atas Iran esok, namun turut mengarahkan mereka supaya bersiap sedia untuk meneruskan serangan berskala penuh dan besar terhadap Iran pada bila-bila masa sekiranya perjanjian yang boleh diterima tidak dicapai.”

    Tiada serangan sedemikian diumumkan sebelum ini dan Reuters tidak dapat memastikan sama ada persiapan telah dibuat bagi serangan yang akan menandakan penyambungan semula peranang yang dimulakan Trump pada akhir Februari.

    Di bawah tekanan untuk mencapai persetujuan yang akan membuka semula Selat Hormuz, Trump sebelum ini menyuarakan harapan bahawa perjanjian untuk menamatkan peranang hampir dicapai, selain mengantarkan serangan besar-besaran terhadap Iran sekiranya Tehran gagal mencapai persetujuan.

    Dalam hantarannya, Trump berkata pemimpin Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah memintanya menghentikan sementara serangan itu kerana “satu perjanjian akan dicapai, yang akan sangat boleh diterima oleh AS, serta semua negara di Asia Barat dan seterusnya.”

    Dia bagaimanapun tidak memperincikan perjanjian yang sedang dibincangkan itu.

    Hantaran Trump itu dibuat selepas jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baghaei mengesahkan bahawa pandangan Tehran telah “disampaikan kepada pihak AS melalui Pakistan”, namun tidak memberikan butiran lanjut.

    Sumber Pakistan mengesahkan bahawa Islamabad, yang menyampaikan mesej antara kedua-dua pihak dalam peranang di Asia Barat sejak menjadi tuan rumah kepada satu-satunya pusingan rundingan damai bulan lalu, telah berkongsi cadangan terbaharu itu dengan Washington. Namun sumber itu memberi bayangan bahawa kemajuan rundingan adalah sukar.

    Kedua-dua pihak “terus mengubah syarat masing-masing,” kata sumber Pakistan itu sambil menambah: “Kita tidak mempunyai banyak masa.”

    Iran kekal tegas

    Iran kekal tegas dalam kenyataan yang disiarkan media kerajaan selepas pengumuman Trump, dengan memberi amaran kepada AS dan sekutunya supaya tidak melakukan lagi “kesilapan strategik atau salah perkiraan” dalam menyerang Iran, sambil menegaskan angkatan tentera Iran “lebih bersedia dan lebih kuat berbanding sebelum ini.”

    MENARIK:  Bukan Islam boleh ucap alhamdulillah - jabatan mufti WP

    Markas Pusat Iran, Khatam al-Anbiya menyatakan angkatan tentera Iran “bersedia untuk memetik picu” sekiranya berlaku sebarang serangan baharu AS, menurut Agensi Berita Tasnim Iran.

    “Sebarang pencerobohan dan serangan baharu ... akan dibalas dengan cepat, tegas, kuat dan meluas,” menurut komander Khatam al-Anbiya, Ali Abdollahi.

    Cadangan damai Iran, seperti yang dijelaskan oleh sumber kanan Iran, dilihat mempunyai banyak persamaan dengan tawaran Tehran sebelum ini yang ditolak Trump minggu lalu sebagai “sampah”.

    Cadangan itu akan memberi tumpuan terlebih dahulu kepada usaha menamatkan peranang, membuka semula Selat Hormuz -- laluan utama bekalan minyak yang disekat secara berkesan Iran -- serta menarik balik sekatan maritim.

    Washington dilihat lebih berlembut

    Isu-isu yang menjadi pertikaian melibatkan program nuklear Iran dan pengayaan uranium akan ditangguhkan ke pusingan rundingan seterusnya, kata sumber itu.

    Bagaimanapun, dalam apa yang dilihat sebagai pendirian Washington yang semakin berlembut, sumber kanan Iran itu berkata pada Isnin bahawa AS telah bersetuju untuk melepaskan satu perempat daripada dana Iran yang dibekukan -- berjumlah puluhan bilion dolar AS -- yang disimpan di bank asing. Iran mahu semua aset itu dilepaskan.

    Sumber Iran itu turut berkata Washington menunjukkan lebih banyak fleksibiliti dengan membenarkan Iran meneruskan beberapa aktiviti nuklear secara aman di bawah pengawasan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

    AS belum mengesahkan bahawa ia telah bersetuju terhadap sebarang perkara dalam rundingan itu.

    Agensi Berita Tasnim Iran secara berasingan memetik sumber tidak dikenali sebagai berkata bahawa AS telah bersetuju untuk menggantung sekatan minyak terhadap Iran ketika rundingan sedang berlangsung.

    Pegawai Iran tidak segera mengulas laporan Tasnim itu, yang disifatkan seorang pegawai AS yang enggan dinamakan sebagai tidak benar.

    Gencatan senjata yang rapuh sedang berkuat kuasa selepas enam minggu peranang susulan serangan udara AS-Israel ke atas Iran, walaupun dron telah dilancarkan dari Iraq ke arah negara Teluk, termasuk Arab Saudi dan Kuwait, yang dipercayai dilakukan Iran dan sekutunya.

    Kementerian Luar Pakistan mengeluarkan kenyataan pada Isnin yang mengecam serangan dron pada Ahad, selepas Arab Saudi memaklumkan bahawa ia telah memintas tiga dron yang memasuki negara itu dari ruang udara Iraq.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah