Pendakwah bebas, Ustaz Adnin, tampil menjelaskan kepentingan dalam membuat persediaan dari segi kemampuan sebelum mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: ‘Empat Bulan Bertunang Dengan Isteri, Kami Tak Pernah Berhubung’ – Ustaz Adnin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lagu APT Zina Telinga, Lirik Ajak Pergaulan Bebas’ – Ustaz Adnin
Mampu atau tidak?
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TiKTok, Ustaz Adnin berpendapat pasangan yang berniat untuk berumah tangga perlu menyiapkan diri daripada beberapa sudut.
Tegas Ustaz Adnin, perkahwinan bukan perlumbaan namun perlu mengikut kemampuan agar tidak menzalimi pasangan.
Kahwin ini bukan siapa lagi awal lebih mulia, siapa lambat kahwin dia hina. Tidak begitu.
Yang penting, dah mampu dan bersedia ke? Kena memenuhi tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri.
Bagi nafkah dan hak-hak sepatutnya.
Kalau dah bersedia, bismillah tawakal.
Persoalannya macam mana kita nak tahu dah mampu ke belum. Perkara ini subjektif.
Kita sendiri boleh jawab. Kalau kita betul-betul muhasabah diri, akhirnya kita akan sedar.
Bab ini saya cadang untuk bincang dengan keluarga, kawan dan guru-guru.
Tak perlu jadi kaya. Yang penting, nafkah-nafkah asas terjaga.
Mampukan diri dari sudut ekonomi, agama dan emosi

Dalam pada itu, Ustaz Adnin memaklumkan agar setiap individu yang ingin berumah tangga untuk bersedia dari segi kewangan, agama dan emosi agar tidak berakhir dengan penceraian.
Tapi penting memampukan diri untuk kahwin.
Sebab kalau kahwin dalam keadaan tidak mampu, takut kita menzalimi pasangan.
Bila dizalimi, itu yang hilang keberkatan dan terjadi penceraian.
Kalau boleh kita nak perkahwinan itu bahagia hingga syurga.
Sebab itu pentingnya kemampuan dari sudut ekonomi, agama dan emosi.
Usahalah untuk mampukan diri.
Sumber: TikTok @ustazadnin
The post [VIDEO] ‘Persiapkan Diri Dari Segi Ekonomi, Agama & Emosi Sebelum Berumah Tangga’ – Ustaz Adnin first appeared on OHBULAN!.





