Seorang lelaki di Thailand ditahan polis selepas didakwa terlibat dalam insiden kebakaran rumah dan kes rogol ibu mentuanya dalam kejadian 9 Januari lalu.
Rogol ibu mentua kawan
Memetik laporan The Thaiger, kedua-dua suspek iaitu Yuranan Pranprai dan Chaiwat Auambut, juga dikenali sebagai Pae didakwa membakar rumah isteri Yuranan, Prapaporn Deeden dan memperdaya ibu wanita itu, Janya Deeden sebelum didakwa merogolnya di rumah lain.
Yuranan akhirnya berjaya diberkas dan Chaiwat masih dalam buruan pihak polis. Semasa soal siasat, Yuranan mengaku membakar rumah isterinya tetapi nafi menjadi dalang kes rogol ibu mentuanya. Yuranan juga mendakwa dia tidak menyangka Chaiwat tergamak merogol ibu mentuanya.
Difahamkan, Chaiwat dipercayai bertindak sedemikian kerana berang Janya memberitahu polis bahawa dia adalah pengedar dadah.
Polis kini memburu Chaiwat yang masih bebas.