32.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Pandangan Kosong Keluarga Kemas Barang Arwah Fakhrul Arif Undang Sebak

    Shopee Sale

    Pemergian Allahyarham Fakhrul Arif, salah seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam nahas bas baru-baru ini, masih meninggalkan kesan yang mendalam kepada keluarga tercinta.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Betul Orang Cakap, Setiap Umrah Itu Berbeza’ – Diana Rafar

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pensyarah UPSI Sebak Ketika Kuliah – ‘Dua Pelajar Meninggal Dunia’

    Artikel Berkaitan: Sepupu Zoey Rahman Antara Mangsa Nahas Bas UPSI

    ‘Kosong je pandangan diorang’

    " data-video-id="7515236017029352712" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @mrseida1781

    Uminya tak tahan sedih bila melihat barang2 Ngah😭#fakrularif bin rosdi

    ♬ Kemarin – Seventeen

    Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, dapat dilihat momen penuh pilu ketika ibu dan adik-beradik arwah mengemas barangan peribadinya yang dipercayai dihantar pulang oleh pihak UPSI ke rumah keluarga mangsa.

    Namun yang lebih meruntun hati adalah wajah sugul ahli keluarga arwah, khususnya ibu dan abang Allahyarham yang kelihatan sukar menahan emosi.

    Si ibu dilihat tidak mampu menahan sebak, manakala adik-beradik lain mempamerkan pandangan kosong sekaligus menggambarkan betapa pemergian arwah bukan sahaja satu kehilangan besar, malah meninggalkan kekosongan yang tidak mungkin dapat diganti.

    Uminya tak dapat tahan sebak tengok barang-barang Ngah

    Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut mendoakan agar keluarga arwah diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berat ini.

    Semoga keluarga tabah

    Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman

    Abang dia, pandangan kosong. Hanya yang melalui fasa je dapat faham

    Tengok raut muka abang dia, sebak lah

    Pandangan kosong, sunyi dan sedih

    Separuh jiwa keluarga dah pergi bersama arwah

    Pada 9 Jun lalu kira-kira jam 1 pagi, bas yang membawa 42 penuntut UPSI dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding.

    Kejadian berlaku ketika bas persiaran yang disewa khas itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke kampus UPSI di Tanjung Malim selepas tamat cuti Hari Raya Aidiladha. 

    Nahas tragis itu meragut 15 nyawa penuntut universiti.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Pandangan Kosong Keluarga Kemas Barang Arwah Fakhrul Arif Undang Sebak first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah