Penyanyi Indonesia, Pamungkas mengakui berada di titik terendah dalam hidup selepas kehilangan bapa tersayang yang meninggal dunia pada Selasa lalu.
Artikel Berkaitan: Pamungkas, Bilal Indrajaya & Fugo Lengkapkan Panggung Purnama 2025, Janjikan Persembahan Istimewa
Artikel Berkaitan: Latihan Pestapora Malaysia 2025 Disambut Meriah, Kehadiran Sheila On 7 Buat Peminat Tenggelam Dalam Kenangan!
Kehilangan amat dirasai

Ketika ditemui , pemilik nama Rizki Rahmahadian Pamungkas, 32, berkata pemergian bapanya, Pamungkas Heru Supangat atau dikenal dengan nama Yeos Supangat amat dirasai tetapi memilih untuk kekal tabah.
Pamungkas tetap meneruskan Konsert Panggung Purnama yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada malam ini.
Sudah tentu sangat menyedihkan. Ia situasi yang sangat teruk sebagai seorang anak kehilangan seorang bapa.
Dunia saya seakan runtuh tetapi dalam keadaan seperti ini iman saya perlu kuat.
Saya bersyukur dan berterima kasih kerana sejak kecil telah diajar setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya.
Perkara ini diibaratkan seperti perjalanan pulang, semua akan melalui proses itu termasuk saya.
Pamungkas berkata demikian ketika ditemui pada sesi tandatangan buku pertamanya berjudul Solitaire di The Royale Chulan pada petang Jumaat.
Momen terakhir

Ketika ditanya momen terakhir bersama bapanya, Pamungkas menceritakan bapanya sempat bertanya bila dia akan bernikah kerana melihat sibuk dengan kerja.
Ketakutan terbesar saya adalah jika bapa saya pergi semasa saya berada di luar negara.
Ayah meninggal pada hari Selasa, tiga harinya jatuh Khamis sebelum saya berangkat ke sini dan tujuh harinya Isnin selepas saya pulang.
Sebelum ini, bapa Pamungkas menghembuskan nafas terakhir pada usia 70 tahun selepas menghidap strok selama empat tahun pada 23 September lalu.
Dalam perkembangan lain, Pamungkas yang baru melahirkan single terkini iaitu Sambung juga menerbitkan sebuah buku berjudul Solitaire yang merangkumi perjalanan kerjayanya sejak tahun 2017.
The post [VIDEO] Pamungkas Tetap Muncul Di Panggung Purnama Walau Bapa Baru Meninggal Dunia – ‘Dunia Saya Seakan Runtuh’ first appeared on OHBULAN!.





