30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Mereka-Reka Firman Allah SWT’ – Dr Zulkifli

    Shopee Sale

    Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri bertindak menegur perbuatan mereka-reka firman Allah SWT hanya kerana ingin menyampaikan mesej yang baik.

    Artikel Berkaitan: Dr Zulkifli Titip Doa Tersentuh Lihat Aksi Kanak-Kanak Guna Straw Jadi Mikrofon, Berlakon Imam

    Artikel Berkaitan: Dr Zulkifli Mohamad Kongsi Dua Doa Yang Kerap Dibaca Nabi Muhammad SAW

    Nasihat

    View on Threads

    Menurut Dr Zulkifli, sebagai manusia kita dilarang mentafsir firman Allah SWT mengikut kehendak sendiri kerana dikhuatiri akan menyimpang daripada maksud yang sebenar.

    Dr Zulkifli menasihatkan supaya membuat semakan yang teliti sebelum menyebarkan sesuatu yang dinisbahkan kepada al-Quran.

    Jangan mereka-reka firman Allah.

    Kadang-kadang satu perkongsian yang di sangka kecil, boleh membawa kesan yang besar.

    Kerana yang kita bawa bukan sekadar kata-kata manusia, tetapi kalam Allah SWT yang suci dan mulia.

    Dr Zulkifli menegaskan umat Islam tidak seharusnya melakukan kesilapan terhadap firman Allah SWT semata-mata kerana ingin mengejar kebaikan melalui perkongsian.

    Lebih-lebih lagi kepada pihak yang menerbitkan buku, artikel atau bahan bacaan.

    Amanah ini sangat besar. Jangan sesekali meletakkan sesuatu yang bukan daripada al-Quran lalu disandarkan kepada Allah SWT. 

    Para ulama tafsir mengingatkan bahawa berkata tentang Allah tanpa ilmu adalah perkara yang sangat berat.

    Berdosa besar jika seseorang menyandarkan sesuatu kepada Allah dalam keadaan mengetahui ia tidak benar atau sengaja dilakukan. 

    Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang pempengaruh menerbitkan sebuah buku yang memuatkan firman Allah SWT yang tidak wujud sehingga mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

    MENARIK:  [VIDEO] Zahnita Wilson Ingin Fokus Pada Anak & Bisnes, Tolak Tawaran RM150,000 Jadi Wajah Kempen Jakel

    Sumber: Threads

    The post ‘Jangan Mereka-Reka Firman Allah SWT’ – Dr Zulkifli first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah