Korang hantu ayam goreng? Meh rapat sikit! Ada berita gempak min nak kongsi…
Marrybrown nak belanja korang 2 ketul Ayam Goreng MB pada harga RM4.50 jer sempena sambutan International Fried Chicken Day dan ulang tahun ke-45 Marrybrown.
Ianya merupakan satu bentuk penghargaan untuk pelanggan dan rakyat Malaysia yang tak putus-putus memberikan sokongan kepada mereka.
Set Alarm siap-siap! 2 Jam je wey, jangan sampai melepas

Benda baik tak datang lama, jadi tolong take note info penting ni kalau tak nak gigit jari:
- Tarikh: 6 Julai
- Masa: 12.00 Tengahari hingga 2.00 Petang (Waktu puncak lunch hour ni!)
- Platform: Aplikasi Foodpanda Sahaja
Tips OhBulan!: Memandangkan promosi ni cuma dua jam, korang kena standby awal-awal. Tak mustahil apps boleh crash sebab ramai serbu.
Bayangkan dengan RM4.50, dapat dua ketul ayam. Kenyang perut, tak gaduh fikir nak makan apa untuk makan tengahari.
Sebab itu, rancang betul-betul timing korang nak masuk apps dan pastikan connection internet padu untuk buat pembelian yang lancar.
45 tahun Marrybrown tambat hati rakyat Malaysia
Sebagai jenama restoran perkhidmatan pantas (QSR) halal tempatan, Marrybrown memiliki tempatnya yang tersendiri di hati rakyat Malaysia. Mereka tak pernah gagal mengejutkan kita dengan pelbagai menu yang kena dengan ‘lidah’ tempatan.
Kualiti hidangan juga sentiasa konsisten. Memang Proud local brand, okay!
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk set kalender dan alarm siap-siap, agar korang tak terlepas pandang pada hari kejadian.
Beli… jangan tak beli, tau?
The post 2 Jam Je! Nikmati 2 Ketul Ayam Goreng MB pada Harga RM4.50 di foodpanda 6 Julai Ini first appeared on OHBULAN!.





