27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Netizen Puji Ketegasan Qadejah Tegur Sikap Adik – ‘Datuk & Datin Didik Dia Dengan Sangat Baik’

    Shopee Sale

    Ketegasan anak kepada pasangan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida iaitu Qadejah El Zahra, meleraikan pertengkaran adik-beradiknya meraih pujian ramai.

    Artikel Berkaitan: Shahida Kongsi Jatuh Bangun Dunia Perniagaan – ‘LHDN Puluhan Juta, Akaun Bank Dibekukan’

    Artikel Berkaitan: Ramai Pelik Bila Bercuti Saya Masih Buat Live, Sebenarnya Dah Jadi Kebiasaan’ – Shahida

    Adik-beradik

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Shahida memuat naik video memaparkan Qadejah sedang memarahi adiknya, Ibrahim, kerana mengasari Raudah ketika mereka sedang bermain bersama.

    Kata Shahida, Qadejah selalunya akan meleraikan pergaduhan antara adik-beradiknya dan memastikan mereka kembali berbaik walau apa jua keadaan.

    Biasa gaduh kecil-kecil ni Qadejah yang akan uruskan.

    Bak kata Yusoff, Qadejah ni ibarat Kak Rose dalam cerita Upin dan Ipin.

    Tapi dalam apa jua perbalahan wajib kena minta maaf dan berbaik. 

    Terdahulu, Ibrahim dipercayai menampar Raudah kerana salah faham yang berlaku antara mereka.

    MENARIK:  Hazrul Nizam Lancar ‘Rawan’ Selepas 21 Tahun Tanpa Lagu Solo, Muzik Video Pula Tampilkan Pelakon Gred A!

    Tindakan itu membuatkan Qadejah kurang senang kerana dia berpendapat lelaki tidak seharusnya memukul wanita disebabkan perbezaan kekuatan fizikal antara kedua-duanya.

    Perkongsiannya itu kemudian mengundang perhatian orang ramai yang rata-ratanya memuji Qadejah kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang kakak.

    Komen netizen

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Netizen Puji Ketegasan Qadejah Tegur Sikap Adik – ‘Datuk & Datin Didik Dia Dengan Sangat Baik’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah