Usahawan dan personaliti media sosial, Ojen Aiwah tampil menjelaskan hubungannya antara dua atlet tinju iaitu Jaden Bahtera dan Puteri Rania.
Artikel Berkaitan: ‘Abang Saksi Struggle Jaden & Rania Jaga Hubungan..Banyak Pengorbanan, Air Mata Dalam Perjalanan Cinta Ini’ – Ojen Aiwah
Artikel Berkaitan: Ojen Aiwah Agih Lebih 50 Kunafa Buat Sukarelawan GSF, Simpan Hasrat Sumbang Dana – ‘Doakan Saya Capai RM100K’
Rapat dengan Jaden & Rania

Ketika ditemui oleh , Ojen atau nama penuhnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli mengakui bahawa dia memiliki hubungan rapat seperti keluarga dengan kedua-dua atlet tinju tersebut.
Ujarnya lanjut, dia menjadi saksi perjalanan hubungan Jaden dan Rania sehingga kedua-duanya menuju ke fasa yang lebih serius.
Saya mula kenal dengan Jaden dan Rania sebab kita sebagai sponsor.
Tapi bila dah lama-lama kita nampak keserasian. Mereka seperti keluarga.
Banyak kita kongsikan bersama. Bukan setakat cerita tentang kerja.
Bila kita nak bina rumah tangga pada usia muda, banyak perkara yang berlaku.
Satu lagi, Jaden adalah orang Indonesia dan Rania orang Malaysia.
Jadi di sini terbukti cinta mereka dengan hubungan jarak jauh dan jarang jumpa.
Banyak dugaan yang saya saksikan antara mereka yang mungkin saya juga tak boleh nak kongsikan umum.
Tidak berniat untuk ‘ride’ isu Jaden & Rania

Berkongsi lebih lanjut, usahawan berusia 29 tahun itu menafikan dakwaan dirinya yang menumpang populariti Jaden dan Rania.
Tambah Ojen, surat cinta yang ditulis itu sebagai tanda penghargaan buat dua atlet tersebut yang menjalani hubungan jarak jauh.
Jangan lah fikir saya ride isu ini.
Tiada benda penting pun untuk saya gunakan isu ini. Kalau siapa ikuti saya di media sosial, saya memang suka menulis.
Saya menulis untuk Jaden dan Rania ini sebab saya tahu hubungan mereka istimewa.
Saya sendiri sokong mereka. Saya juga antara sponsor terbesar, mana-mana perlawanan mereka saya sponsor.
Kenapa tidak saya tulis surat cinta untuk mereka? Ini tanda penghargaan saya pada hubungan yang dibina.
Untuk info, Ojen tercalon dalam kategori Usahawan Paling Viral di Paling Viral Online.
Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.
Untuk memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.
Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.
Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.
Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari http://www..com/palingviralonline.
The post [VIDEO] Ojen Aiwah Nafi Tunggang Isu Merisik Jaden & Rania – ‘Surat Cinta Itu Tanda Saya Hargai Hubungan Jarak Jauh Mereka’ first appeared on OHBULAN!.





