Anak kepada pengacara dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad iaitu Nayla Mikayla menerima pelbagai kritikan daripada warganet selepas menjadi salah seorang hos bagi program Talk To My Manager (TTMM).
Artikel Berkaitan: Netizen Terpegun Lihat Kecantikan Anak Sulung Nabil Ahmad – ‘Lawa Macam Ibunya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jam Tangan Nabil Ahmad Bernilai RM67k Curi Tumpuan – ‘Ini Isteri Saya Yang Hadiahkan, Tidak Ternilai Harganya’
Mikayla sebagai hos

Menerusi video yang dikongsikan semula di laman Threads, Mikayla dilihat sedang menemu bual peserta iaitu Ammar dan penyanyi Siti Nordiana.
Siti Nordiana hadir pada malam final rancangan tersebut adalah sebagai penyanyi jemputan yang berduet bersama Ammar dan mereka mendendangkan lagu hits popular, Paling Comel.
Difahamkan temu bual bersama Mikayla itu dijalankan seusai persembahan mereka berdua.
Kritikan netizen

Bagaimanapun, rata-rata warganet kurang senang dengan cara Mikayla mengendalikan segmen bagi program tersebut berikutan penggunaan tutur kata yang didakwa kurang sesuai.
Selain itu, warganet juga menegur Mikayla yang didakwa memanggil Siti Nordiana dengan gelaran kurang sopan sebagai seorang dewasa yang sudah seusia ibu bapanya.
Dalam masa yang sama, mereka berharap anak sulung kepada Nabil tersebut mengasah bakatnya lagi jika diberikan peluang untuk mengacara selepas ini.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Netizen Kritik Anak Nabil Ahmad Jadi Pengacara, Dakwa Guna Tutur Kata Kurang Sesuai – ‘Banyak Lagi Kena Belajar’ first appeared on OHBULAN!.





