26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Betty Rahmad Nasihat Golongan Pempengaruh Jaga Aib Pasangan, Tak Perlu Canang Aib Rumah Tangga Dalam ‘Live’

    Shopee Sale



    Betty Rahmad

    Selebriti media sosial, Betty Rahmad memberi pandangan mengenai sikap segelintir pempengaruh terutama yang sudah berkahwin dilihat sering membuka aib rumah tangga kepada umum.

    Jaga maruah keluarga

    Betty Rahmad

    Menerusi hantaran di TikTok, Betty berpesan kepada golongan pempengaruh supaya tidak menjadikan media sosial sebagai ‘kiblat’ untuk berkongsi segala hal rumah tangga.

    Katanya, ada perkara yang perlu disimpan rapi untuk diri sendiri demi mengelakkan maruah pasangan terlondeh.

    Media sosial hanya sebuah platform, tapi ramai yang jadikan media sosial sebagai ‘hidup’. Pengikut yang ada dalam media sosial bukan semuanya hadir dengan niat yang baik.

    Jangan sampai letakkan ‘live’ lebih penting daripada maruah dan kewarasan. Wanita yang sudah berkahwin dan bersuami, keutamaan kita tetap pada suami dan anak-anak.

    Bukan semua benda boleh dikongsikan, lebih-lebih lagi aib pasangan dan aib rumah tangga. Ada isu yang perlu kita simpan kemas. Ketika sedang bergaduh jangan saling memprovokasi.

    Mengadu dengan Allah

    Berkongsi lanjut, adik kepada pelakon, Umie Aida itu berkata, sekiranya mempunyai masalah dengan pasangan, tempat yang lebih baik untuk meluah adalah kepada Allah, bukannya dalam media sosial.

    Kalau tengah sakit hati atau sedang bergaduh dengan pasangan, pergi luah dengan Allah bukan luah depan kamera.

    Kalau tahu pasangan jenis panas baran, jangan tambah bara. Ini bukan soal tunduk kepada pasangan, tapi soal menjaga maruah rumah tangga.

    Realitinya, kita hidup di akhir zaman yang mana perkara tidak patut ditontonkan tapi dipertontonkan.

    Sekarang zaman ‘live’, viral dan ‘view’. Patutnya media sosial dijadikan medium mencari rezeki.

    MENARIK:  Dedah Suami Jual Umpan Keli, Nadya Syahera Doa Fizul Nawi Mampu Lunaskan Segala Yang Tertunggak

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah