Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengakui berasa bimbang setiap kali memuat naik gambar anaknya, Nik Muhammad Nik Iruwan di media sosial.
Artikel Berkaitan: Nabila Razali Akhirnya Dedah Wajah & Nama Anak – ‘Nik Muhammad’
Artikel Berkaitan: ‘Jaga SOP & Tolong Jangan Cium Anak Saya’ – Nabila Razali
Risau

Ketika ditemui , pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali, 33, memaklumkan walaupun dilanda kerisauan namun dia tetap memilih untuk berkongsi momen bersama anaknya secara berkala.
Jelasnya, tindakan itu dibuat kerana mahu memenuhi permintaan peminat.
Masih ada kerisauan itu dan sekarang tetap ada.
Sebelum ini, saya kongsi gambar sebab mahu menunaikan permintaan peminat.
Saya rasa tidak elok biarkan peminat tertunggu-tunggu jadi saya kongsi semasa akikah anak.
Selepas akikah anak, saya pun masih memilih bila mahu kongsi lagi sebab saya bukan hari-hari buat content anak.
Nabila berkata demikian ketika ditemui pada sidang media siri mini drama Senyuman di ibu kota pada Isnin.
Bagaimanapun, pelantun lagu Peluang Kedua itu mengakui bahawa penyakit ain sukar untuk dielakkan dan hanya mampu berserah serta memohon perlindungan daripada Tuhan.
Kadang-kadang saya kongsi tetapi kalau penyakit ain itu kita memang tidak boleh elak.
Niat orang kita memang tidak tahu.
Kita hanya mampu berdoa supaya mereka jadikan gambar itu sebagai tatapan bukan saya mahu menunjuk riak.
Media sosial

Ketika ditanya sama ada mahu membuka akaun media sosial untuk anak, Nabila tidak menolak kemungkinan itu namun memilih untuk menangguhkannya buat masa ini.
Buat masa sekarang, saya masih belum terfikir lagi.
Saya masih mahu menjaga privasi anak dan keluarga kecil saya.
Kalau dah sampai masa nanti, saya akan buka akaun anak terus.
The post [VIDEO] Nabila Razali Akui Bimbang Tiap Kali Muat Naik Gambar Anak – ‘Penyakit Ain Memang Tidak Boleh Nak Elak’ first appeared on OHBULAN!.





