29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Masa untuk muhasabah, kata PN lepas hilang semua kerusi Johor

    Shopee Sale

    PAS hari ini berkata keputusan PRN Johor semalam – yang menyaksikan kegagalan besar parti selain BN – wajar menjadi tempat untuk PN membuat penelitian semula.

    Timbalan Presiden PAS merangkap Timbalan Pengerusi PN, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ada kelemahan yang perlu diperbaiki khususnya dengan beberapa aspek penting yang dilaksanakan.

    “Bagi PAS dan PN, keputusan ini perlu dijadikan medan muhasabah.

    “Kegagalan mempertahankan tiga kerusi menunjukkan terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki, khususnya dari aspek penyelarasan organisasi, kekuatan jentera dan kesatuan dalaman.

    “Post mortem yang menyeluruh semestinya akan dilakukan supaya persediaan menghadapi PRN Negeri Sembilan dan pilihan raya seterusnya menjadi lebih tersusun dan berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    PN menyertai PRN Johor dengan membawa bersama mereka krisis dalaman melibatkan PAS dan Bersatu, selain Bersatu sendiri berdepan dengan ‘pemberontakan’ dalam kalangan sesetengah anggotanya.

    Kedua-dua parti juga menurunkan calon masing-masing secara terpisah dengan PAS meletakkan matlamat mereka sekadar mahu menjadi pembangkang serta penasihat kepada kerajaan BN.

    Sebelum DUN Johor dibubarkan 22 Jan lalu, PN mempunyai tiga orang Adun dengan seorang daripadanya mewakili PAS iaitu di kerusi DUN Maharani. Dua kerusi lagi dimenangi oleh Bersatu termasuk Bukit Kepong yang diwakili bekas menteri besar, Dr Sahruddin Jamal.

    MENARIK:  Takiyuddin dakwa cadangan pindaan perlembagaan belum dipersetujui Majlis Raja-raja

    Bagaimanapun keputusan semalam menyaksikan BN meningkatkan penguasaan mereka di DUN Johor dengan memenangi 48 kerusi berbanding 40 pada 2022, manakala PH berkurangan daripada 12 kepada lapan.

    Untuk rekod, bagi PRN kali ini PAS mengeluarkan arahan agar jentera pilihan raya di kerusi yang tidak ditandingi parti itu bergerak membantu calon PAS di kawasan lain, sekali gus menjadikan Bersatu terpaksa bergerak sendirian.

    PAS juga mengarahkan penyokong mereka mengundi calon BN – termasuk dari MIC dan MCA – di kawasan yang tiada calon PAS demi memastikan PH gagal mendapat kerusi.

    Tuan Ibrahim berkata keputusan semalam juga menunjukkan PH masih gagal memulihkan keyakinan rakyat walaupun gerak kerja kempen mereka melibatkan Anwar Ibrahim.

    Pada masa sama, Tuan Ibrahim berkata, dia menjangkakan kerajaan pusat tidak akan membubarkan parlimen dalam tempoh terdekat, sebaliknya menunggu sehingga penggal berakhir sepenuhnya pada hujung tahun depan.

    “Apa yang pasti, kemenangan besar BN menjadikan parti itu memiliki pengaruh semakin besar dalam menentukan dasar dan hala tuju kerajaan persekutuan.

    “Ia akan menjadi duri dalam daging kepada kerajaan PH-BN,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah