30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Momen Azizulhasni Awang Peluk Anak-Anak Undang Sebak – ‘Suatu Hari Nanti Kisah Bapa Mereka Akan Masuk Dalam Buku Teks’

    Shopee Sale



    Isteri kepada jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang iaitu Athiah Ilyana berkongsi momen suaminya bersama anak-anak sebelum berangkat ke Paris untuk Olimpik 2024.

    Tinggal anak-anak & isteri

    " data-video-id="7399991655765495057" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @tyajojo

    Go Azizul GOLD ..Sebab umi penat jaga anak without u hehe #fyp #malaysia #azizulhasniawang #azizul #cyclist #olympic #cyclingtiktok #muslimolympians #goazizulgold

    ? BIRDS OF A FEATHER – ????????

     

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, keluarga Azizul menghantar atlet itu di lapangan terbang untuk berlepas ke Paris.

    Paling menyentuh perasaan adalah apabila anak-anak memeluk Azizul dengan erat dan menangis kerana terpaksa berpisah sementara.

    POV (point of view): Bila ayah awak akan berangkat ke Olimpik Paris 2024.

    Go Azizul gold!

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat momen keluarga itu dan mendoakan Azizul dapat meraih emas di temasya sukan antarabangsa tersebut.

    Mesti mereka bangga suatu hari nanti kisah bapa mereka akan masuk dalam buku teks sekolah.

    Kami doakan semoga kemenangan milik Datuk Azizul.

    Besar pengorbanan jadi atlet, isteri dan anak-anak sekali berkorban sebab berjauhan.

    Azizul atau turut digelar The Pocket Rocketman bakal beraksi di dalam acara keirin yang dijadualkan akan bermula pada esok.

    MENARIK:  Mega! Lebih 6,000 Pengunjung Hadir Meriahkan Sambutan Ulang Tahun Ke-40 TV3

    Untuk rekod, Azizul berjaya memperoleh pingat perak menerusi acara keirin di Olimpik Tokyo 2020 dan pingat gangsa di Rio pada tahun 2016.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah