Berpegang teguh pada prinsip hidup, pelakon Mia Nasir menegaskan bahawa dia sama sekali tidak berminat, malah enggan memegang status sebagai isteri kedua.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mia Nasir Diserang Anjing Jenis Rottweiler Di Set Penggambaran – ‘Syukur Tiada Kecederaan Yang Serius’
Artikel Berkaitan: ‘Anjing Rottweiler Kot, Kalau Tak Hancur Kaki Adik Saya’ – Anzalna Nasir Mohon Pihak Produksi Tak Pandang Enteng Isu Keselamatan
Rela bujang

Ketika ditemui , pemilik nama Nur Farah Md Nasir, 34, berkata dia lebih selesa hidup sendiri daripada terlibat dalam hubungan yang melibatkan pihak ketiga.
Tidak pernah ditawarkan (menjadi isteri kedua). Itu adalah benda yang saya tidak mahu. Ramai lagi lelaki muda yang belum berkahwin.
Kenapa nak kena ambil suami orang? Daripada nak layan anak orang, isteri pertama lagi. Saya lebih pilih menjadi isteri pertama. Mahu jadi permaisuri.
Kalau tak ada duit sekalipun, kita boleh usahakan sama-sama, bina sama-sama.
Kalau awak bekerja di McDonalds sekalipun tak apa. Sekurang-kurangnya bekerja, ada duit yang halal dan berusaha keras.
Saya rela membujang daripada jadi isteri kedua atau berkongsi dengan sesiapa. Suami orang, bye-bye!
Mia berkata demikian ketika ditemui semasa sesi penggambaran drama Pak Su Ammara di Kajang pada petang Rabu.
Tidak layan

Menurut pelakon drama Dendam Aurora itu, sesuatu perkara itu tidak akan terjadi sekiranya tidak diberi ruang atau perhatian.
Saya memang tidak akan layan. Benda ini jadi sebab salah seorang melayan juga. Kalau lelaki itu cuba tapi tidak layan, memang tidak jadi.
Takut juga ia berlaku tapi Allah kan ada. Cubalah cara apa sekalipun kalau Allah kata tidak, maka tidaklah.
Saya selalu doakan yang terbaik buat diri saya. Bukan nak cakap besar tapi itulah diri saya.
The post [VIDEO] Mia Nasir Rela Membujang, Enggan Jadi Isteri Kedua – ‘Suami Orang? Bye-Bye!’ first appeared on OHBULAN!.





