30.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Annuar ‘ajar’ Puad makna politik pelik

    Shopee Sale

    Bekas Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, mempertahankan parti barunya – PAS – selepas disindir oleh seorang lagi bekas orang kuat parti tersebut, Mohd Puad Zarkashi pagi tadi.

    Menafikan PAS mengamalkan “politik pelik” semasa menyertai PRN Johor, Annuar memberitahu parti itu sebenarnya mengambil langkah wajar dan ada pihak yang sepatutnya dianggap sebegitu.

    “Puad kata, di Johor politik PAS ‘pelik’. (Sebenarnya) Tak pelik kalau kita cuba sekat kemenangan musuh.

    “Yang pelik apabila kita cuba kalahkan kawan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini, juga dengan nada sinis.

    Untuk rekod Mohd Puad mengumumkan dia keluar dari Umno pada 25 Jun lalu kerana tidak berpuas hati dengan cara parti itu menguruskan persiapan menghadapi PRN ke-16.

    Bagaimanapun sesetengah pihak mendakwa Mohd Puad meninggalkan Umno kerana tidak berpuas hati apabila anaknya tidak terpilih sebagai salah seorang calon BN.

    Mohd Puad kemudian mengkritik pemimpin Umno-BN dan muncul berkempen untuk PH.

    Terdahulu Malaysiakini melaporkan Mohd Puad melihat PAS beramal dengan cara politik “pelik” kerana sanggup mengorbankan Bersatu – yang merupakan salah satu parti komponen PN – dalam persaingan kali ini.

    Mohd Puad yang juga bekas anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno berpendapat, PAS berjaya “meranapkan” Bersatu dan “menamatkan riwayat” parti tersebut dengan percaturan yang diambil mereka di Johor.

    PRN Johor yang berakhir semalam menyaksikan BN meraih pencapaian besar dengan kemenangan di 48 kerusi mengatasi PH yang hanya meraih kemenangan di lapan kerusi.

    Parti-parti lain termasuk PAS dan Bersatu gagal meraih sebarang kemenangan.

    Sentimen bersifat sementara

    Kata Mohd Puad, kemenangan BN semalam disumbangkan oleh gelombang sokongan pengundi yang begitu besar, selain undi masyarakat Cina yang kembali kepada parti itu.

    MENARIK:  Izzah: Rafizi sahabat saya sampai bila-bila

    “PAS membayar harga yang mahal di PRN Johor.

    “Mereka mengamalkan politik pelik. Sanggup bunuh rakan komponen sendiri,” katanya sambil menegaskan tidak wajar PAS diberikan tempat dalam kuota Adun lantikan di Johor.

    Dalam perkembangan sama, Penolong Setiausaha Agung PAS, Syahir Sulaiman, berkata di sebalik keputusan PRN Johor, objektif mereka mengekalkan kuasa politik Melayu-Islam dan mengekang kemaraan PH di negeri itu tercapai.

    “Pada masa yang sama, kemenangan di 48 kerusi memberi Umno-BN kelebihan baru menjelang PRU ke-16.

    “Siapa biggest loser di Johor? Selesai penjumlahan undi di kesemua 56 DUN, jelas kelihatan watak biggest loser di Johor ialah PMX (Anwar Ibrahim) dan DAP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Syahir Sulaiman

    Ahli Parlimen Bachok itu bagaimanapun menyifatkan Umno tersilap jika menganggap jenama BN sudah kembali diterima oleh rakyat.

    Katanya, peralihan undi kepada BN di Johor lebih bersifat sementara kerana rakyat mahu menolak PH dan DAP, manakala PN gagal memposisikan diri sebagai alternatif, di samping wujud seruan dan dorongan untuk mengundi BN.

    “Di Johor, BN mempunyai calon menteri besar yang humble, bersih dan popular. Persoalannya, adakah BN mampu menawarkan pakej yang sama di peringkat persekutuan?

    “Menarik untuk diperhatikan, rakyat mahukan mandat majoriti yang jelas.

    “Sabah dan Johor telah membuktikan. Sarawak (GPS) dijangka menyusul. Begitu juga Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis (SG4), dengan mandat yang jelas kepada PAS dan PN,” kata Syahir.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah