Pelakon, Fasha Sandha meluahkan rasa syukur dan terharu selepas dikurniakan Pingat Jasa Baik (PJB) sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, pada 26 Jun lalu.
Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Diundang Ke Resepsi Perkahwinan Luna Maya Di Bali – ‘Gembira Jumpa My Soulmate’
Rezeki kahwin & anak-anak
View this post on Instagram
Menurut Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, dia menganggap penganugerahan itu sebagai hadiah dan penghargaan terbesar pernah diterimanya sepanjang menjadi anak seni selama lebih 20 tahun.
Sebenarnya Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka dan anggap rezeki perkahwinan serta anak-anak.
Saya masih banyak kelemahan berbanding kelebihan tetapi apabila menerima pengiktirafan sebegitu, saya syukur.
Saya syukur sebab pengiktirafan itu jarang diberikan oleh pihak istana jadi memang satu perkara yang tidak pernah dijangka, itu kurniaan yang paling tinggi saya pernah dapat.
Walau bagaimanapun, pelakon filem ‘Anak Mami Kembali’ ini enggan berlebihan dengan penganugerahan tersebut kerana tidak mahu disalah ertikan sesetengah pihak.
Ujarnya, terdapat banyak lagi kekurangan dalam dirinya yang harus diperbaiki.
Saya risau nak cakap sebab takut dengar seperti riak tetapi saya anggap itu satu hadiah yang diberikan oleh Raja Perlis.
Saya amat berbesar hati dengan penganugerahan itu dan insya-Allah menyuntik semangat untuk menjadi orang lebih baik.
Saya pun banyak lagi benda perlu diperbaiki berbanding kelebihan.
Fasha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas sesi tayangan perdana filem ‘Citra Apartment’ yang diadakan di GSC IOI Mall Damansara pada Selasa.
Tak terfikir gelaran Datuk

Ketika ditanya mengenai gelaran Datuk, Fasha mengakui perkara itu terlalu jauh untuk difikirkannya.
Dalam masa yang sama, anak kelahiran Johor ini memaklumkan dia tidak terasa terbeban dengan penganugerahan yang diberikan sebaliknya hanya merasakan bakatnya sebagai anak seni dihargai.
Anugerah ini tidak buat saya rasa terbeban sebaliknya dihargai. Anugerah ini juga mungkin disebabkan saya dibesarkan di Perlis walaupun saya dilahirkan di Johor.
Terlalu jauh nak jadi ikon negeri Perlis, ramai lagi orang yang lebih layak tetapi ini satu kenangan yang manis, Alhamdulillah.
Gelaran datuk? Terlalu berat dan tak pernah terfikir, tiada komen tentang itu.
Selain Fasha, pelakon Rita Rudaini turut menerima pengiktirafan sama bagi mengiktiraf sumbangan dan pencapaiannua dalam bidang seni tanah air.
The post Terima Pingat Jasa Baik, Fasha Sandha Tak Terfikir Gelaran Datuk – ‘Terlalu Berat & Tak Pernah Terlintas’ first appeared on OHBULAN!.





