Penyanyi, Amir Masdi berkongsi bahawa ibunya pernah menyimpan hasrat agar dia mendirikan rumah tangga ketika mencecah usia 30 tahun.
Artikel Berkaitan: Amir Masdi & SPWinds Wakili Malaysia Di World Music Contest, Kumpul Dana Ke Belanda
Artikel Berkaitan: Amir Masdi Perkenal Sisi Berbeza Dengan Single Inggeris ‘Take Me Home’
Masih tidak mengenali mana-mana wanita

Ketika ditemui , Amir atau nama lengkapnya, Amir Syazwan Masdi, 29, menyedari sasaran tersebut mungkin sukar dicapai memandangkan dia masih belum mempunyai calon pasangan sehingga kini.
Mak pernah cakap kalau boleh nak saya berkahwin pada usia 30 tahun.
Nak capai sasaran itu macam tak sempat sebab sehingga kini saya belum mempunyai calon lagi.
Tetapi, mak saya bukan jenis yang mendesak sampai nak carikan calon.
Keluarga saya bukan begitu.
Mak kata ikut sayalah, kalau ada, ada. Kalau tak ada lagi, tak apa boleh tunggu.
Amir berkata demikian ketika ditemui pada majlis Muzik Lab: Hab Kreatif Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) di Mcdonald’s Pantai Sentral, Kuala Lumpur.
Dalam masa sama, pelantun lagu ‘Nurcinta’ itu mengakui faktor kesibukan kerjaya menyebabkan dia tidak terlalu memikirkan soal mencari pasangan, malah sehingga kini masih belum menjalani fasa perkenalan secara serius dengan mana-mana wanita.
Saya rasa kesibukan kerja membuatkan saya tak fikir pasal nak mengenali sesiapa.
Fasa bercakap dengan perempuan pun memang tak ada lagi, setakat ini.
Saya juga tak pasti jika ada mana-mana wanita yang mahu mencuba untuk mendekati saya.
Saya jenis tak pandai kesan jika ada yang cuba memberi hint.
Kalau suka, kena cakap terus.
Tapi bukanlah bermakna bila dia kata dia suka saya, saya terus setuju begitu sahaja.
Beritahu suka saya, kemudian barulah kita mula kenal-kenal.
Sementara itu, Amir menegaskan bahawa dia tidak meletakkan sebarang syarat tertentu dalam memilih pasangan, namun mengakui tertarik dengan wanita yang memiliki sifat tenang.
Perempuan itu berasal dari mana saya tak kisah, cuma saya sukakan wanita yang tenang.
The post ‘Mak Nak Saya Kahwin Umur 30 Tahun’ – Amir Masdi Masih Belum Temui Calon Isteri first appeared on OHBULAN!.





