
Pelakon dan usahawan Betty Rahmad mengambil kesempatan di atas bulan Ramadan ini dengan mencabar dirinya untuk menghafal surah Al Kahfi.
Surah Al Kahfi
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Betty atau nama lengkapnya Norsha Rahmad Ali akui proses penghafalan surah Al Kahfi ini sangat mencabar.
Kalau dulu semua lagu Adele saya hafal.
Sekarang, nak gunakan masa yang ada untuk hafal surah surah pilihan.
Tahun ini saya cabar diri untuk hafal 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir surah Al Kahfi.
Surah yang sangat mencabar nak hafal dalam banyak-banyak surah.
Doakan saya.
Dalam pada itu, adik kepada pengarah Erma Fatima ini turut mengajak orang ramai untuk menghafal satu surah dalam bulan Ramadan.
Semoga dipermudahkan




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan proses Betty untuk menghafal surah Al Kahfi dipermudahkan. Selain itu, warganet turut memuji bacaannya yang merdu.





