26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Digelar Warga Asing, Jurulatih ‘Fitness’ Selar Bapa Abang Aji – ‘Tak Boleh Terima Teguran Terpulang’

    Shopee Sale

    Jurulatih kecergasan, Tareq Fit menyelar tindakan bapa kepada pempengaruh cilik Abang Aji iaitu Mohd Redzuan Zainol kerana menggunakan isu perkauman terhadap dirinya.

    Artikel Berkaitan: Bapa Abang Aji Perjelas Video Makan Hanya Konten & Pemakanan Dipantau – ‘Badannya Begitu Sebab Minum Susu’

    MENARIK:  Orang Seperti Itu Enggan Mengakui Kesalahan, Mencuba Untuk Mengalih Perhatian Agar Kisah Mereka Dilupakan - Rita Rudaini

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Kasihan Tengok Badan Anak Macam Ini?’ – Jurulatih ‘Fitness’ Tegur Bapa Abang Aji

    Jangan jadi ‘racist’

    " data-video-id="7524961074068671752" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @tareqfit

    video pada kau Habibi Ayah budak comel( abg aji ❤) #fypmalaysia🇲🇾tiktokviralmalaysia #fypmalaysia🇲🇾tiktokviral #fypmalaysia🇲🇾tiktok❤

    ♬ original sound – TAREQ FIT – TAREQ FIT

    Tareq tampil mempertahankan dirinya dan menegur Mohd Redzuan berikutan bapa kanak-kanak itu memanggilnya dengan gelaran ‘warga asing’ dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok.

    Aku warga asing? Ya, aku orang Arab dan aku berbangga. Kenapa kena guna bahasa bangsa untuk balas orang lain?

    Kalau kau tak boleh terima teguran aku terpulang tapi jangan jadi racist.

    Menurut Tareq, Islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk membeza-bezakan manusia mengikut kaum mahupun warna kulit.

    Adakah akhlak Islam dan Allah SWT terima benda ini? Tidak.

    Tak ada beza antara bangsa Arab, ‘Mat Salleh’, Melayu atau India tetapi yang dilihat adalah taqwa, akhlak dan iman. Tak kisah kau hitam ke putih ke.

    Sebenarnya aku tak nak balas tapi aku balas juga sebab kau guna bahasa bangsa.

    Jadi ikutan

    Dalam masa yang sama, Tareq berkata, dia kurang senang melihat video-video Abang Aji berikutan boleh menjadi pengaruh yang negatif kepada kanak-kanak lain.

    Kau kata benda ini hanya lakonan tetapi budak lain yang tak tahu akan ikut dan jadi normalisasi. Mereka mungkin akan ikut sebab tengok anak kau comel, famous dan influencer.

    Kau kongsi konten yang akan memburukkan kesihatan masyarakat.

    Apa benda yang memburukkan kesihatan masyarakat tolong jangan buat. Yang baik teruskan.

    Tareq juga gusar melihat keadaan fizikal Abang Aji yang didakwa telah membataskan aktiviti sehariannya sebagai seorang kanak-kanak.

    Kau kata badan dia macam itu sebab susu, jadi kurangkan susu.

    Anak kau baru berapa tahun, kesian dia susah nak bermain, susah nak bernafas. Masa sekarang dia masih budak lagi, dia nak enjoy.

    Kalau kau jaga makan dia, pasti keadaan badan dia akan jadi lebih baik.

    Terdahulu, Tareq menerusi sebuah video menyuarakan rasa bimbang terhadap keadaan badan Abang Aji yang mempunyai berat berlebihan di usia yang sangat muda.

    Mohd Redzuan kemudian tampil memberikan respon dengan menjelaskan bahawa setiap video yang dihasilkan hanyalah untuk konten semata-mata dan dia juga memantau pemakanan anaknya itu.

    Sumber: TikTok Tareq Fit

    The post Digelar Warga Asing, Jurulatih ‘Fitness’ Selar Bapa Abang Aji – ‘Tak Boleh Terima Teguran Terpulang’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah