Seorang lelaki yang dipercayai kenalan kepada pelakon Que Haidar, tampil mendedahkan sisi baik aktor itu di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sabar Sebab Abang, Kalau Ikutkan Hati Dah Lama Tersebar Aib Awak’ – Adik Que Haidar
Artikel Berkaitan: ‘Tanya Dia Dulu’ – Peminat ‘Throwback’ Que Haidar Suruh Minta Izin Linda Jasmine Sebelum Bergambar
Umrah bersama Que
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, lelaki tersebut memuat naik video yang memaparkan momen ketika Que berada di Tanah Suci dan kelihatan dia sedang mengagihkan makanan kepada mereka yang memerlukan.
Lelaki berkenaan menyifatkan pemilik nama Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, itu sebagai seorang insan yang sering berada di sampingnya di saat susah dan senang.
Dialah sahabat yang ada jatuh dan bangun aku.
Siapalah kita ni nak menilai seorang manusia itu.
Dalam masa sama, lelaki tersebut turut mengimbas kembali kenangan yang tidak dapat dilupakannya ketika mengerjakan umrah bersama pelakon filem Rock Oo! itu.
Sudah beberapa kali aku pergi umrah, dan waktu aku pergi dengan Abang Que, aku dapat rasa aura datang dari dia dan lain dari yang lain.
Paling aku tak boleh lupa dia ajak aku teman dia pergi bumbung dekat kawasan Makkah, semata-mata nak buat panggilan video (VC) kawan-kawan dari G (Gaza) dan berdoa ramai-ramai menghadap Kaabah.
Gugur air mata aku.
Sebelum ini, isu perceraian antara Que dan bekas isteri, Linda Jasmine kembali menjadi perhatian selepas Linda mendakwa perpisahan mereka terjadi kerana mahu melindungi anak-anak daripada kejahatan.
Kenyataan yang tidak diperincikan dengan lebih jelas itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan ahli keluarga mereka.
Imbas kembali, Que mendedahkan dia dan Linda sudah sah bercerai pada 2 Julai 2024 selepas 15 tahun hidup bersama.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 17, dan Tengku Cleopatra Haidar, 14.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Kenalan Kongsi Pengalaman Umrah Bersama Que Haidar – ‘Dia Video Call Dengan Kawan Di Gaza & Doa Menghadap Kaabah’ first appeared on OHBULAN!.





