28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kamal Adli Dah Dua Bulan Tak Jumpa Isteri, Uqasha Senrose Nekad Mahu Cerai

    Shopee Sale

    Pelakon, Kamal Adli tiba di mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada jam 9:34 pagi bagi menghadiri prosiding perceraian dengan isteri, aktres Uqasha Senrose.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Kongsi Video Momen Bersama Uqasha Senrose & Hawra Uqaira

    Artikel Berkaitan: Kamal Adli Hanya Mengadu Pada Allah, Terus Berjuang Demi Rumah Tangga – ‘Tak Perlu Buka Aib Atau Burukkan Sesiapa’

    ‘Sudah hampir dua bulan tidak berjumpa’

    Kamal, 39, berkata, sudah hampir dua bulan dia tidak bersemuka dengan isterinya dan meminta semua pihak mendoakan yang teebaik buat mereka.

    Saya sihat hari ini, mohon semua doakan yang terbaik untuk kami. Jika Uqasha dengan pendirian dia (tekad mahu cerai), saya juga dengan pendirian saya (pertahankan).

    Sudah hampir dua bulan tidak berjumpa dengan dia dan hari ini saya pertama kali jumpa. Saya masih tidak dapat berhubung dengan dia. Anak saya perlukan ayah dan ibunya.

    Kamal hadir bersama peguam, Abdul Hadi Mohammad Salleh dan ditemani beberapa individu dipercayai rakannya.

    MENARIK:  ‘Saya Bukan Orang Kaya, Kena Lindungi Diri & Kerjaya’ – Nora Ariffin

    Sementara itu, Uqasha yang tiba lima minit lebih awal berkata, dia nekad dengan keputusannya mahu meneruskan perceraian.

    Saya nekad. Doakan semuanya dipermudahkan.

    Uqasha hadir bersama peguam Muhammad Syazmee Bin Sapian dan ahli keluarga lain termasuk ibunya, Rosmizah Mohd Noor serta adiknya, Nelydia Senrose.

    Untuk rekod, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 33, memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu.

    Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis pernikahan di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira berusia setahun tujuh bulan.

    The post [VIDEO] Kamal Adli Dah Dua Bulan Tak Jumpa Isteri, Uqasha Senrose Nekad Mahu Cerai first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah