
Penyanyi Datuk Nora Ariffin tidak menafikan kemelut rumah tangganya memberi kesan terhadap kerjaya seninya.
Lindung diri

Ketika ditemui , pemilik nama Wan Norafizah Wan Ariffin, pemilik nama Wan Norafizah Wan Ariffin, 52, berkata tujuan dia memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr Rushdi, adalah untuk melindungi diri dan kerjaya seninya.
Kami semua cari makan. Bayangkan jika dalam nasi kita, ada orang letak pasir.
Saya bukan orang kaya, jadi saya kena buat sesuatu untuk melindungi diri saya dan kerjaya saya.
Nora berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, hari ini.
Difahamkan, Nora hadir ke mahkamah bersama peguamnya, Sarah Mohd Ali.
Sebelum ini, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, Nora memaklumkan usaha untuk memulihkan rumah tangganya dengan Dr Rushdi sudah melalui pelbagai peringkat termasuklah sesi pertemuan dan perbincangan bersama pihak terbabit tetapi masih tidak mencapai kata penyelesaian.
Kata Nora, konflik tersebut telah menjejaskan keselamatan serta merosakkan reputasi saya sebagai seorang artis yang sudah bergiat lama dalam industri muzik.





