30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Kalau Allah Pun Dia Sanggup Tinggal, Inikan Pula Kamu’ – Fadzilah Kamsah Kongsi Tips Dapat Jodoh

    Shopee Sale

    Meskipun jodoh adalah rahsia Allah SWT, namun sebagai hambanya kita perlu berusaha dan berdoa untuk mendapatkan pasangan yang baik terutama dari segi agama.

    Artikel Berkaitan: Ini Tarikh Terbaik Untuk Naik Pelamin Tahun Hadapan Menurut Bulan Islam & Sirah Rasulullah SAW

    MENARIK:  [VIDEO] Sarah Suhairi Tidak Tertekan Diaju Soalan Tentang Anak – ‘Ada Mak Cik Yang Sampai Pegang Perut Saya’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Kongsi Perkara Yang Perlu Diambil Tahu Sebelum Jadi ‘Rakan Serumah’ – ‘Bersedia Dengan Agama & Betulkan Niat Berkahwin’

    Punca susah dapat jodoh

    " data-video-id="7537677227815619858" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @mfadzilahkamsah

    Tips dapat jodoh yang baik, salah satunya adalah menjaga hubungan dengan Allah. #tipsrumahtangga #pesantokabah #tipsperkahwinan #ceramahmotivasi #drfadzilahkamsah

    ♬ original sound – Fadzilah Kamsah – Fadzilah Kamsah

    Menerusi perkongsian di TikTok, pakar motivasi Datuk Dr. Fadzilah Kamsah mengupas beberapa punca seseorang sukar mendapat jodoh.

    Berdasarkan kajian, perbincangan dan wacana dengan pelbagai individu, Fadzilah menjelaskan bahawa antara faktornya adalah mempunyai hubungan yang tidak baik dengan Allah SWT serta manusia.

    Bila kita jauh daripada Allah, maka Allah pun buatkan kita jauh dengan manusia..susah nak dapat pasangan yang terbaik.

    Hati tak bersih. Hati kita kotor, banyak dendam, banyak marah.

    Seterusnya adalah selalu ada prasangka buruk, kadang kala menyampah atau tidak suka kepada seseorang.

    Disamping itu, keperibadian diri yang negatif turut menjadi punca seseorang susah untuk mendapatkan pasangan selain sudah berasa selesa dengan status solo.

    Banyak amalan yang tak betul, iaitu amalan harian, agama, di tempat kerja, dengan masyarakat dan di media sosial.

    Ada juga yang sudah selesa dengan diri. Nak kahwin sebab umur dah lanjut tapi belum benar-benar bersedia malah ada yang terlalu memilih pasangan.

    Usaha dapatkan jodoh

    Justeru, Fadzilah berkongsi tips untuk membantu mereka yang menginginkan teman hidup, antaranya adalah dengan memperbaiki hubungan dengan Allah SWT.

    Perbaiki hubungan kita dengan Allah, malah Imam Syafie juga berpesan, kalau kamu sedang mencari pasangan tetapi dia meninggalkan Allah, maka segera tinggalkan dia.

    Kalau Allah pun dia sanggup tinggalkan, inikan pula kamu.

    Selain itu, bertaubat daripada dosa lalu dan meningkatkan ibadah adalah antara amalan yang disarankan dalam agama.

    Solat tepat masa, perbanyakan solat sunat iaitu solat taubat tiap-tiap malam. Kalau susah nak dapat jodoh atau pekerjaan, bertaubatlah kamu.

    Istighfar, menyesal, insaf dan berazam untuk takkan ulangi dosa. Cuci hati kita, bila hati bersih ia jadi ‘magnet’ untuk menarik jodoh, kasih sayang dan rezeki.

    Pada akhir video tersebut, Fadzilah turut berkongsi doa yang boleh diamalkan untuk memperoleh jodoh dan mendapat rezeki yang diberkati.

    Sumber: TikTok Fadzilah Kamsah

    The post [VIDEO] ‘Kalau Allah Pun Dia Sanggup Tinggal, Inikan Pula Kamu’ – Fadzilah Kamsah Kongsi Tips Dapat Jodoh first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah