25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Sarah Suhairi Tidak Tertekan Diaju Soalan Tentang Anak – ‘Ada Mak Cik Yang Sampai Pegang Perut Saya’

    Shopee Sale



    Penyanyi Sarah Suhairi mendedahkan banyak menerima soalan tentang zuriat setelah menamatkan zaman bujang seawal usia 24 tahun bersama suami, Aswad Anuar.

    Tidak ambil hati

    " data-video-id="7496680731968802056">
    @official Penyanyi Sarah Suhairi mendedahkan banyak menerima soalan tentang zuriat setelah menamatkan zaman bujang seawal usia 24 tahun bersama suami, Aswad Anuar. # #fyp #news #sarahsuhairi #mengandung #pregnat #kabwin ? original sound – OHBULAN!

    Ditanya mengenai anak, pelantun lagu Nyawa & Raga ini berkata, dia tidak mengambil hati kerana percaya dengan setiap aturan Allah akan berlaku tepat pada waktunya.

    Saya ada meniaga di Brunei bulan puasa haritu.

    Makcik-makcik di sana banyak lah tanya tentang anak.

    Tapi saya tidak terkesan sangat sebab saya faham niat mereka baik.

    Dekat kampung pun, makcik-makcik siap pegang perut tanya dah ada isi atau belum.

    Tapi sekarang, belum ada perancangan lagi.

    Kalau ada rezeki alhamdulillah.

    Sarah berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ritma Riang Raya yang berlangsung di Sheraton Hotel Petaling Jaya pada Selasa.

    MENARIK:  Wanita Warga Emas Terluka Parah Selepas Diserang Buaya Ketika Mengambil Air Di Sungai

    Dalam pada itu, Sarah juga bersyukur kerana tiada desakan dari suami untuk menimang cahaya mata.

    Suami tidak menekan tentang anak.

    Sebab dia pun dah ada tiga.

    Setakat ini alhamdulillah saya belum terganggu dengan soalan tentang zuriat.

    Imbas kembali, Sarah dan Aswad selamat melangsungkan pernikahan pada 26 Julai lalu di Barern Hill, Hulu Langat, Selangor.

    Sekadar info, Aswad merupakan bapa tunggal kepada tiga cahaya mata. Suami kepada penyanyi berusia 25 tahun itu bercerai pada tahun 2019 dengan bekas isteri sebelum mula berkenalan dengan Sarah setahun kemudian.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah