Pendakwah bebas, PU Salman, menjelaskan bahawa hukum di sebalik memberi hadiah berbentuk patung kepada seseorang mengikut syarak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Bandingkan Anak Dengan Orang Lain’ – Ustaz Adnin Beri Teguran Buat Ibu Bapa
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Persiapkan Diri Dari Segi Ekonomi, Agama & Emosi Sebelum Berumah Tangga’ – Ustaz Adnin
Patung menyerupai makhluk
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi TikTok, PU Salman atau nama penuhnya Salman Maslori, 43, menegaskan bahawa para ulama berpendapat bahawa patung yang menyerupai makhluk bernyawa hukumnya adalah haram.
Jangan normalisasikan beri hadiah patung kepada yang baru selesai konvokesyen. Ramai sangat yang buat, sedangkan ianya dosa besar.
Macam patung atau ‘teddy bear’ yang kecil atau besar, jadi hukum sepakatnya ulama kata haram, tiada khilaf.
Paling dahsyat azab pada hari kiamat adalah orang yang membuat patung.
Katanya lagi, menyimpan patung sedemikian hukumnya adalah haram, apatah lagi menjadikannya sebagai hiasan.
Allah melaknat orang-orang yang membuat patung. Apa yang diharamkan, walaupun menyimpan sahaja juga haram.
Kecuali untuk kanak-kanak, kerana Saidatina Aisyah bermain dengan anak patung. Yang dah dewasa menerima hadiah patung, hukumnya haram. Hanya untuk kanak-kanak sahaja diharuskan.
Jadi, jangan normalisasikan memberi hadiah patung kepada individu yang baru sahaja selesai majlis konvokesyen.
Malaikat tidak masuk rumah

Tambahnya lagi, setiap rumah yang menyimpan patung tidak akan dimasuki oleh malaikat rahmat, iaitu malaikat yang membawa ketenangan dan keberkatan.
Malaikat tak masuk rumah jika ada patung. Tetapi bukan malaikat maut, ini malaikat rahmat yang membawa ketenangan.
Dalam perkongsian tersebut, dia turut menjelaskan bahawa urusan jual beli patung untuk golongan dewasa juga termasuk dalam perkara yang tidak dibenarkan kerana melibatkan sumber pendapatan tidak sah menurut syarak.
Kita membeli pun tidak sah. Allah mengharamkan sesuatu, maka Allah mengharamkan juga jual beli serta wang hasil jualan tersebut.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Jangan Normalisasikan Memberi Hadiah Patung, Ianya Dosa Besar’ – PU Salman first appeared on OHBULAN!.





