31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Iqbal Zulkefli Tak Terfikir Hadir Majlis Kahwin Vida & Fazley Yaakob – ‘Saya Doakan Kebahagiaan Mereka’

    Shopee Sale

    Usahawan dan pempengaruh, Iqbal Zulkefli mengakui tidak terfikir untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya, Datuk Seri Vida bersama pasangan, Datuk Fazley Yaakob.

    Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Kongsi Pengalaman Lari Rumah Ketika Ibu Bapa Mahu Bercerai – ‘Sewa Dapur Yang Dijadikan Bilik, Tidur Atas Lantai’

    Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Tak Pernah Minum Arak & Merokok Seumur Hidup

    Iqbal tak hadiri majlis kahwin Vida

    Ketika ditemui , pemilik nama Ahmad Iqbal Zulkefli, 32, berkata dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak menghadiri majlis tersebut kerana bimbang kehadirannya mengundang pelbagai spekulasi.

    Saya rasa saya tidak akan hadir ke majlis tersebut. Bagaimana saya hendak hadir sedangkan kehadiran saya mungkin menimbulkan pelbagai cerita dan persoalan? Apakah tujuan saya datang ke majlis itu? 

    Iqbal bagaimanapun tidak mempunyai masalah untuk bertemu Fazley atau Vida sekiranya mereka terserempak di luar atau menghadiri acara yang sama.

    Namun, jika bertemu di luar, saya mungkin boleh berjumpa dengan Datuk Fazley.

    Mengenai Datuk Seri Vida pula, saya rasa saya sudah meletakkan batasan. Walaupun jika kami menghadiri majlis televisyen atau acara tertentu, sudah tentu kami akan bertemu. Sebenarnya, saya tidak mempunyai masalah dengan perkara itu.

    Dalam pada itu, Iqbal turut mendoakan dan berharap agar pasangan itu dapat membina kehidupan bersama dengan lebih baik.

    Sebenarnya, saya menerima perkara ini dengan hati yang terbuka dan saya sudah lama meneruskan kehidupan seperti biasa. 

    Saya juga mengenali Datuk Fazley. Beliau seorang yang sangat baik, yang saya fahami dan segani. Beliau juga merupakan idola saya.

    Sebagai seorang manusia, saya mendoakan kebahagiaan mereka dan berharap agar perkara yang pernah berlaku sebelum ini tidak berulang lagi. Semoga kali ini mereka benar-benar mengecapi kebahagiaan.

    Berkongsi mengenai perubahan dirinya, Iqbal berkata pengalaman hidupnya membuatkan dia kini lebih matang.

    Apabila semakin dewasa, saya merasakan perubahan itu berlaku tanpa saya sedari. Saya semakin memikirkan orang di sekeliling dan bukan sekadar mahukan perhatian di media sosial atau mengambil kira apa yang diperkatakan netizen.

    Semakin kita berjaya, semakin banyak perkara lain yang perlu kita fikirkan. Saya juga perlu menjaga hati dan perasaan orang di sekeliling.

    The post [VIDEO] Iqbal Zulkefli Tak Terfikir Hadir Majlis Kahwin Vida & Fazley Yaakob – ‘Saya Doakan Kebahagiaan Mereka’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  [VIDEO] Pempengaruh Dakwa ‘Cat Lover’ Ada Masalah Mental, Ustaz Azhar Idrus Kongsi Kisah Nabi Muhammad & Abdul Rahman

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah