Penyanyi dan pelakon, Azeva menitipkan pesanan agar sentiasa menjaga adab serta tutur kata dan tidak keterlaluan ketika berbicara mengenai orang lain.
Artikel Berkaitan: Azeva Menangis Dalam ‘Live’, Sedih Dilempar Pelbagai Tohmahan – ‘Boleh Benci Saya, Tapi Jangan Libat Keluarga’
Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: Azeva Syukur Tercalon ‘Nepo Baby Paling Viral’ – ‘Tak Pernah Menang Anugerah, Moga Ada Rezeki’
Jaga tutur kata
View on Threads
Azeva, 25, menyeru agar semua pihak tidak bertindak melampaui batas sehingga menjatuhkan maruah orang lain.
Kata Azeva, dia tidak pernah berharap perkara buruk terjadi terhadap individu yang menyebarkan fitnah sebaliknya memilih untuk mendoakan perkara yang positif.
Azeva harap apa pun yang jadi, kita semua jaga tutur kata. Tak perlulah sampai merendahkan sesiapa.
Apa pun yang berlaku, Azeva tak pernah mengharapkan keburukan menimpa sesiapa. Doakan yang baik baik je okay.
Sejak kebelakangan ini, nama Azeva menjadi perhatian pengguna media sosial susulan beberapa dakwaan dan kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan pihak lain, sehingga isu berkenaan turut melibatkan ahli keluarganya.
Undi OPVO2.0

Dalam perkembangan lain, Azeva tercalon dalam kategori Nepo Baby Paling Viral di Paling Viral Online 2.0 (OBPVO2.0).
Selain Azeva, kategori Nepo Baby Paling Viral turut menampilkan Ammar Ahyan, Zaki Yamani, Cik B, Auddra, Airit Rayyan, Leona, Amad Dayyan, Thalita, Nayla Mikayla, Faris, Merrah, Mia Sara Shauki, Ammara dan Adrian Adam.
OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!
Sumber: Threads
The post ‘Apa Pun Yang Berlaku, Saya Tak Pernah Harap Keburukan Menimpa Sesiapa’ – Azeva first appeared on OHBULAN!.





