Penyanyi rap, Kmy Kmo memaklumkan dia masih konsisten membaca surah Yasin setiap malam bagi menunaikan permintaan terakhir Allahyarham bapanya, Mohamed Azmaili Ismail.
Artikel Berkaitan: Hasrat Tamatkan Separuh Maraton Tak Kesampaian, Pempengaruh Larian Meninggal Dunia
Hasrat arwah ayah

Kmy atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim, 37, berkata, bapanya pernah berpesan supaya dia mengamalkan bacaan surah berkenaan selama 100 hari selepas pemergiannya.
Kmy meluahkan rasa syukur apabila masih diberikan kekuatan untuk meneruskan amalan tersebut yang kini memasuki hari ke-18.
Saya sekarang nak habiskan permintaan arwah ayah saya untuk baca Yasin selama 100 hari bila dia dah kembali ke rahmatullah. Alhamdulillah, malam ini malam yang ke-18 masih konsisten.
Kmy berkongsi perkara itu menerusi satu komen balas pada hantaran seorang individu di platform Threads.
Dalam masa sama, Kmy turut berharap agar dirinya terus diberikan kekuatan untuk istiqamah membaca al-Quran selepas selesai melunaskan permintaan arwah bapanya itu.
Semoga berjaya istiqamah hingga ke hari 100. Lepas ni boleh berselang-seli dengan al-Quran pula.
Terdahulu, Allahyarham Mohamed Azmaili Ismail meninggal dunia pada 23 Oktober di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang akibat serangan jantung selepas beberapa hari menerima rawatan.
The post Kmy Kmo Tunaikan Permintaan Arwah Ayah, Baca Yasin Selama 100 Hari Selepas Meninggal Dunia first appeared on OHBULAN!.





