31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Arja Lee Tolak Tawaran Berlakon, Fokus Pengajian PhD – ‘Sejujurnya, Saya Rindu Muncul Di Kaca Televisyen’

    Shopee Sale

    Pelakon, Arja Lee meluahkan rasa terharu apabila menerima beberapa tawaran berlakon sejak penglibatannya di Anugerah Seri Angkasa (ASA) yang berlangsung pada 24 Oktober lalu.

    Artikel Berkaitan: Arja Lee Teringin Nak Nyanyi Lagu Ciptaan Aina Abdul – ‘Berapa Dia Caj, Saya Sedia Bayar’

    Artikel Berkaitan: Arja Lee & MCC Bawa Suara Warisan Malaysia, Martabat Seni Budaya Di Mata Dunia

    Arja Lee tolak tawaran berlakon

    Menerusi hantaran di Threads, Arja atau nama lengkapnya Azharudin Ramli, 43, mengakui merindui dunia lakonan malah teruja apabila masih ada pihak yang menawarkan peluang untuk dirinya kembali ke layar.

    Sejujurnya, saya sangat merindui dunia lakonan dan kembali muncul di kaca televisyen.

    Sejak ASA yang lalu, alhamdulillah, beberapa tawaran telah hadir. Terima kasih kerana masih mengingati saya dan atas setiap peluang yang diberikan. Ia amat bermakna buat saya!

    Bagaimanapun, pelakon itu terpaksa menangguhkan hasrat untuk kembali ke dunia seni kerana perlu memberi keutamaan kepada pengajian Doktor Falsafah (PhD) serta komitmen lain.

    Namun, buat masa ini saya perlu memberi keutamaan kepada pengajian PhD dan komitmen lain di Kota Bharu. 

    Mohon maaf kerana belum dapat memenuhi jemputan buat masa ini. Insya-Allah, saya akan kembali suatu hari nanti.

    Teruskan mendoakan saya. Saya tidak sabar untuk bertemu anda semua lagi.

    Untuk rekod, Arja mula menempa nama dalam industri seni tempatan sekitar 15 tahun lalu selepas membintangi filem kontroversi …Dalam Botol pada 2011 selain pernah menyertai program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia.

    Pada 2022, Arja menceburi bidang akademik dan dia kini bergelar pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

    MENARIK:  [VIDEO] Individu Setia Membeli Air Balang Berperisa Keladi Dalam ‘Pakej’ Bersama Cicak yang Terkenal

    Sumber: Threads

    The post Arja Lee Tolak Tawaran Berlakon, Fokus Pengajian PhD – ‘Sejujurnya, Saya Rindu Muncul Di Kaca Televisyen’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah