31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syida Melvin Akui Ikut Emosi, Perjelas Sebab Libatkan Tiga Anak Dalam Konflik Bekas Suami – ‘Jangan Terus Buat Kesimpulan’

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Syida Melvin mengakui tindakannya mendedahkan kemelut rumah tangga bersama bekas suami, Mohd Syafiq Azim menerusi sesi siaran langsung sebelum ini bukanlah tindakan yang wajar.

    Artikel Berkaitan: Ibu Pertahankan Tindakan Syida Melvin – ‘Buat Live Sebab Nak Orang Tahu Sisi Dia Yang Separuh Lagi..’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Anak-Anak Pun Dah Tak Kisah Dia Tunjuk Perangai Sendiri Depan Mereka’ – Syifa Melvin

    Penjelasan Syida

    Menerusi muat naik di Threads, Syida yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin menyedari dirinya terlalu mengikut perasaan sehingga tindakannya itu tidak mencerminkan keperibadian sebenar.

    Bagaimanapun, dia berharap orang ramai tidak membuat penilaian terhadap dirinya hanya berdasarkan rakaman siaran langsung yang singkat itu.

    Apa yang mungkin masyarakat tak nampak ialah keperluan anak-anak untuk mendapatkan tempat tinggal yang stabil, selesa dan terjamin. Lebih-lebih lagi apabila mereka bakal memulakan persekolahan.

    Saya sudah terlalu lama berdiam diri, banyak mengalah dan terlalu lama memendam perasaan. Jadi, apabila sekali ini saya hilang kawalan emosi dan bersuara dengan cara yang kurang baik, jangan terus buat kesimpulan bahawa sayalah punca kepada segala masalah.

    Saya tidak meminta masyarakat untuk menyebelahi saya secara membuta tuli, apatah lagi membenci mana-mana pihak. Saya cuma berharap agar setiap perkara dinilai dengan adil bukan berdasarkan potongan video yang tidak menggambarkan keseluruhan cerita.

    Syida turut mengakui terdapat cara yang lebih baik untuk menangani kemelut berkenaan, namun menegaskan dia tidak pernah menyesali tindakannya dalam memperjuangkan hak serta masa depan anak-anaknya.

    MENARIK:  Malaysia Antara Tertinggi Sokong Larangan Media Sosial Bawah 16 Tahun, Ini Sebabnya

    Anak-anak

    Mengulas mengenai keputusannya melibatkan anak-anak dalam kemelut yang berlaku, Syida menjelaskan tindakan itu dilakukan atas satu harapan.

    Saya berharap apabila melihat sendiri wajah anak-anak mungkin akan timbul sedikit rasa belas ihsan dan keprihatinan terhadap keperluan mereka.

    Ada juga yang mengatakan tindakan saya membawa anak-anak ke situ tidak wajar kerana dikhuatiri akan meninggalkan trauma kepada mereka.

    Saya faham kebimbangan itu. Percayalah sebagai seorang ibu saya juga tidak pernah mahu anak-anak terdedah kepada perkara yang boleh menganggu emosi dan perkembangan mereka.

    Namun, apa yang berlaku tempoh hari bukanlah kali pertama anak-anak menyaksikan atau mendengar pertengkaran, provokasi dan kata-kata yang tidak sepatutnya didengari oleh anak kecil.

    Jelas Syida, dia juga telah mengambil langkah melalui saluran undang-undang bagi menyelesaikan perkara berkenaan namun proses itu memakan masa yang lama.

    Buat masa ini, saya hanya mahu menyelesaikan segala urusan melalui saluran yang betul, mendapatkan semula kestabilan hidup dan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada anak-anak saya.

    Sumber: Threads

    The post Syida Melvin Akui Ikut Emosi, Perjelas Sebab Libatkan Tiga Anak Dalam Konflik Bekas Suami – ‘Jangan Terus Buat Kesimpulan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah