30.6 C
Kuala Lumpur
Friday, November 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Arfie Shah Jadikan Amir Ahnaf & Zarif Ghazzi Inspirasi

    Shopee Sale

    Pelakon, Arfie Shah menjadikan kejayaan rakan seperjuangannya, Zarif Ghazzi dan Amir Ahnaf sebagai inspirasi untuk terus memperbaiki diri serta memberikan yang terbaik dalam bidang lakonan.

    Artikel Berkaitan: Arfie Shah Teringin Nak Jadi Hero Naskhah Romantik

    Artikel Berkaitan: ‘Tak Pernah Rasa Diri Sendiri Artis, Masih Jauh Nak Samakan Diri Dengan Pelakon Hebat’ – Arfie Shah

    Rakan jadi inspirasi

    Arfie, 33, berkata, dia berasa gembira melihat perkembangan positif barisan pelakon generasi baharu yang semakin menyerlah dalam industri seni tanah air.

    Malah, pencapaian dan bakat yang ditonjolkan rakan-rakannya itu secara tidak langsung menyuntik semangat untuk dirinya terus bekerja keras.

    Sejujurnya saya sangat gembira melihat ramai pendatang baharu yang hebat termasuk Zarif Ghazzi. Mereka juga menjadi inspirasi untuk saya dalam bidang lakonan.

    Baru-baru ini juga saya lihat lakonan Amir Ahnaf dalam filem Baga. Saya sangat suka dan memuji lakonan Amir dan pelakon-pelakon lain dalam naskhah tersebut.

    Mereka ini semua memang beri inspirasi kepada saya. Berharap satu hari saya nanti akan jadi seperti mereka juga.

    Saya bukan pelakon yang serba lengkap, bukan tinggi, tidak kacak sangat. Setiap hari saya akan cuba memperbaiki diri dan bekerja keras untuk berikan terbaik.

    Arfie berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Kacau yang berlangsung di TGV KLCC, baru-baru ini.

    MENARIK:  Netizen Kagum BCL & Suami Santuni Ibu Bapa Arwah Ashraf Sinclair – ‘Pandai Jaga Silaturahim’

    Bercerita lanjut, Arfie percaya setiap individu mempunyai perjalanan dan rezeki tersendiri, justeru dia tidak mahu terlalu membandingkan pencapaian dirinya dengan orang lain.

    Saya juga percaya dengan rezeki, sampai masa jika Allah kata tiba masanya, maka tibalah. Kejayaan mereka semua saya doakan akan terus mekar. Begitu juga dengan diri saya, sentiasa mendoakan untuk diri sendiri.

    Saya juga percaya tuah setiap orang sudah ditetapkan. Rezeki kita sebagai manusia sudah diatur cantik oleh Allah.

    Dalam perkembangan lain, Arfie membintangi filem terbaharu berjudul Kacau yang turut menampilkan Idan Aedan, Fimie Don, Khayrisyah Kemal, Evanatie Sannie, Sadiq M. Jamil, Nurel Baharin dan Megat Shahrizal.

    The post Arfie Shah Jadikan Amir Ahnaf & Zarif Ghazzi Inspirasi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah