31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    18 Tahun Berkahwin, Cheta Pot Pet Akui Pernah Hampir Bercerai – ‘Alhamdulillah, Masih Bertahan’

    Shopee Sale

    Usahawan selebriti, Cheta Pot Pet mengakui pernah melalui pelbagai ujian dalam rumah tangga bersama suaminya, Aaron Lee, malah hubungan mereka pernah hampir berakhir dengan perpisahan.

    Artikel Berkaitan: Cheta Pot Pet Percaya Masa Akan Pulihkan Hubungan Dengan Ifa Raziah – ‘Sebak & Rindu, Sebab Kami Rapat’

    Artikel Berkaitan: Cheta Potpet Berhati-Hati Tayang Kekayaan Di Media Sosial, Ambil Pengajaran Insiden Rumah Kak KM Kena Rompak

    Cheta Pot Pet berhabis RM100K

    Ketika ditemui , pemilik nama Rozita Baharom, 39, berkata setiap pasangan perlu mengetepikan ego dan saling bertolak ansur apabila berdepan perselisihan faham.

    Bukan itu sahaja, pasangan suami isteri juga perlu mencari ruang untuk mengembalikan kemesraan, termasuk meluangkan lebih banyak masa bersama.

    Kalau kata gaduh, seorang tu mesti kena cool down. Kalau dua-dua api, bercerailah. Kami pun pernah hampir ke garisan itu. Tapi disebabkan dia (suami) kuat, tahan dan simpan, alhamdulillah sampai hari ini.

    Duit ringgit juga masalah kita. Jadi cinta tu perlu duit juga. Tak ada duit tak hidup. Tapi kasih sayang tu yang penting. Macam mana pun kita akan patah balik dengan keluarga kita juga.

    Cheta berkata demikian ketika ditemui di Sambutan Ulang Tahun Ke-18 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat.

    Ditanya mengenai pandangannya terhadap segelintir individu yang terbuka berkongsi masalah rumah tangga di media sosial, Cheta berpendapat bahawa setiap pasangan perlu menjaga privasi dan menyelesaikan perselisihan faham tanpa melibatkan orang luar.

    Untuk mengekalkan hubungan yang lebih panjang, lebih baik tak payah bercerita dekat orang. Sendiri selesaikan, tak payah dikongsikan.

    Bagi saya, janganlah upload dekat media sosial kalau bergaduh walau sekalipun. Terutamanya anak-anak, janganlah masuk dalam konteks ini.

    Sebab pernah berlaku dekat kami viral dulu, anak pun sampai kena berhenti sekolah. Jadi benda itu akan beri kesan.

    Dalam pada itu, Che Ta turut menganjurkan majlis istimewa sempena ulang tahun perkahwinan ke-18 bersama suaminya dengan perbelanjaan yang dianggarkan hampir RM100,000.

    Sebenarnya kami sudah lama merancang, tetapi menunggu masa yang sesuai. Semua orang tahu kami pernah jatuh bangun dan melalui pelbagai kontroversi.

    Jadi, apa yang kami lakukan ini menunjukkan kami masih ada dan perniagaan juga masih berjalan lancar.

    Alhamdulillah, hari ini kami meraikan perjalanan suka duka sebagai suami isteri kerana masih mampu mengharungi bahtera perkahwinan sehingga sekarang.

    Kami nak anak kami yang nak masuk lapan tahun ini dapat mengingati bahawa percintaan dalam hubungan itu sebenarnya penting. Jadi bila tengok, mereka akan ingat bahawa kebahagiaan ini perlu berkekalan sampai bila-bila.

    Untuk rekod, Rozita berkahwin dengan Aaron pada September 2011 dan pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata.

    MENARIK:  Amyra Rosli Akur Tiga Bulan Berjauhan, Doakan Perjalanan Amar Ke Umrah Naik Basikal Dipermudah – ‘Saya Serah Segalanya Pada Allah’

    The post 18 Tahun Berkahwin, Cheta Pot Pet Akui Pernah Hampir Bercerai – ‘Alhamdulillah, Masih Bertahan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah