28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Pempengaruh Dakwa ‘Cat Lover’ Ada Masalah Mental, Ustaz Azhar Idrus Kongsi Kisah Nabi Muhammad & Abdul Rahman

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus tampil memberi respon berhubung kenyataan seorang personaliti media sosial yang mendakwa individu menyayangi kucing mempunyai masalah mental.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Tegur Lelaki Tayang Dada – ‘Tak Boleh Buka Bahagian Atas Badan Depan Perempuan Ajnabi’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Situasi Yang Dibenarkan Untuk Isteri Lari Dari Rumah

    Kisah Abu Hurairah

    Menerusi perkongsian semula di Threads, Ustaz Azhar menceritakan kisah sahabat Rasulullah SAW, iaitu Abdul Rahman yang sangat suka dan sayang pada haiwan tersebut.

    Ada seorang pempengaruh kata, siapa ‘cat lover’ sakit mental. Apa dalil dia?

    Sahabat Nabi Muhammad SAW, Abdul Rahman, dia sangat suka dengan kucing. Kucing selalu datang rumah dia sebab dia letak makanan.

    Pada suatu hari, dia bermain dengan anak kucing dan tiba-tiba Nabi Muhammad SAW pun sampai.

    Dia terkejut dengan kehadiran Nabi Muhammad SAW, lalu menyembunyikan anak kucing dalam pergelangan bajunya.

    Tapi Nabi Muhammad SAW nampak anak kucing itu bergerak-gerak di dalam baju Abdul Rahman. Abdul Rahman kemudian mengeluarkan anak kucing tersebut dari bajunya.

    Lalu, Nabi Muhammd SAW menggelarkan Abdul Rahman sebagai Abu Hurairah yang bermaksud ‘bapa anak kucing’. Maknanya dia adalah makhluk yang penyayang dan Nabi Muhammad SAW memuji dia.

    Tiada masalah

    Berdasarkan kisah tersebut, Ustaz Azhar menegaskan bahawa tidak sewajarnya untuk seseorang melabel indvidu yang suka akan kucing mempunyai masalah mental melainkan tindakan mereka melampaui kebiasaan.

    Tak boleh kita kata orang yang suka kucing ini mental.

    Lainlah kalau tindakan dia luar dari kebiasaan. Contohnya, kalau kucing mati siap ada batu nisan dan baca talkin.

    Kalau sekadar sayang kucing tak ada masalah.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Afifah Nasir Seronok Jadi ‘Housewife’, Dedah Suka Masak Selepas Kahwin – ‘Dulu Fikir Macam Tak Reti’

    The post [VIDEO] Pempengaruh Dakwa ‘Cat Lover’ Ada Masalah Mental, Ustaz Azhar Idrus Kongsi Kisah Nabi Muhammad & Abdul Rahman first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah