Hanya beberapa jam sebelum berlangsungnya Eurovision Song Contest Asia 2026, penyanyi dan komposer, Aina Abdul dengan rendah hati menyeru rakyat Malaysia agar memberikan sokongan kepadanya dalam mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Artikel Berkaitan: Eurovision 2026: Aina Abdul Gementar Jadi Penutup, Netizen Titip Kata Semangat – ‘Save The Best For Last’
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Kongsi Persiapan Ke Eurovision Song Contest Asia 2026, Pertaruh Lagu ‘Full English’
Mohon doa
View this post on Instagram
Mengakui perjalanan menuju pertandingan berprestij itu bukanlah mudah, Aina atau nama penuhnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 33, berkata dia telah melalui pelbagai dugaan yang banyak memberikan pengajaran bermakna buat dirinya.
Bagaimanapun, Aina menyifatkan dugaan yang ditempuhi itu juga memberikan pengalaman manis buat dirinya.
Saya rasa ini adalah kali pertama saya buat video seperti ini. Saya tidak pernah meluahkan perasan seperti ini di hadapan kamera tetapi hari ini, saya sangat memerlukan sokongan daripada anda semua.
Tak kisahlah sekiranya anda minat atau tidak minat terhadap saya. Saya tahu dalam hidup ini tak semua orang akan suka kita, tak semua orang akan sokong kita.
Ada yang mungkin pernah dengar saya nyanyi, ada yang tak pernah dengar saya nyanyi, ada yang mungkin tak tahu pun siapa Aina Abdul tu.
Di sini saya nak memanggil anda semua untuk berikan sokongan yang padu kepada saya, sokongan yang tidak terhingga.
Menurut Aina, memandangkan Malaysia menghantar wakil pada tahun ini, tidak salah sekiranya seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan padu kepadanya.
Kalau saya tak dapat sokongan daripada anda semua, siapa lagi nak sokong saya? Kita sebagai rakyat Malaysia kena tolong, kena bantu anak jati Malaysia sendiri kerana ada seorang wakil untuk tahun ini.
Jadi kita beri sokongan kepada anak jati kita sendiri dengan sebaiknya dengan doa yang tak putus, sokongan yang tak putus.
Dalam pada itu, Aina turut menzahirkan rasa terima kasih kepada kelab peminatnya, Aination, yang sanggup hadir bagi memberikan sokongan dan semangat kepadanya.
Untuk rekod, Aina yang mewakili Malaysia bakal membuat persembahan pada urutan ke-11 sekali gus menjadi antara peserta terakhir yang beraksi di pentas Eurovision Song Contest Asia 2026.
Selain Malaysia, pertandingan tersebut turut disertai oleh wakil negara Vietnam, Kemboja, Laos, Mongolia, Bhutan, Filipina, Bangladesh, Thailand, Korea Selatan dan Nepal.
Eurovision Song Contest Asia 2026 bakal bersiaran secara langsung pada 14 November ini di TV3 dan boleh juga disaksikan di Tonton.
Sumber: Instagram
The post Eurovision 2026: Aina Abdul Seru Rakyat Malaysia Beri Sokongan – ‘Tak Kisahlah Anda Minat Saya Atau Tidak’ first appeared on OHBULAN!.





