Pempengaruh yang dikenali sebagai Abang Roy tampil menghulurkan bantuan kepada seorang individu orang kurang upaya (OKU) yang tetap cekal dan gigih mencari rezeki demi menyara keluarga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Berniaga Roti John Bersama Dua Anak, Netizen Sifatkan Sebagai ‘Papazola’ Sebenar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Warga Emas 72 Tahun Pilih Jual Rojak Murah, Kasihan Dengan Pelanggan – ‘Rasa Bersalah Letak RM8’
Abang OKU berdiri 10 jam
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Abang Roy dilihat gagal menahan sebak apabila individu terbabit mendedahkan dirinya perlu berdiri selama 10 jam demi menghabiskan jualan kerepek.
Menurut individu tersebut, dia menghidap kecacatan pada kaki semenjak lahir dimana kondisi sebelah kaki tidak begitu kuat.
Pukul 1:00 tengahari saya dah start berniaga. Biasanya pukul 10:00 malam saya balik.
Saya orang kurang upaya (OKU) dari lahir di bahagian kaki. Kaki sebelah tak kuat sangat.
Tambahnya lagi, dia memiliki lima orang cahaya mata dengan keadaan isteri yang tidak bekerja untuk menjaga anak-anak yang masih kecil di rumah.
Saya anak lima orang anak. Saya seorang saja yang bekerja untuk sara keluarga. Isteri saya jaga anak-anak.
Saya sedih bila datang berniaga, tiada orang nak beli. Selain itu, saya tak dibenarkan kerja kontrak sebab kaki OKU.
Anak tak tahu saya berdiri berniaga sebegini selama 10 jam.
Difahamkan, individu tersebut menjual kerepek pada harga RM1.70 sepeket, dengan keuntungan harian tertinggi mencecah sekitar RM34.
Individu OKU berkenaan berniaga kerepek setiap hari di stesen minyak, Petronas, TPM DT, Kuala Lumpur.
Sumber: TikTok @Abang Roy
The post [VIDEO] Individu OKU Gigih Cari Rezeki, Berdiri 10 Jam Jual Kerepek – ‘Sehari Paling Banyak Dapat RM34’ first appeared on OHBULAN!.





