28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Uqasha Senrose Fail Cerai Terhadap Kamal Adli, Bukan Kerana Orang Ketiga?

    Shopee Sale

    Rumah tangga pasangan selebriti popular, Uqasha Senrose dan Kamal Adli, dilaporkan sedang bergolak apabila pelakon wanita itu memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sedang Sakit Tekak, Uqasha Senrose Diamkan Diri Dari Komen Spekulasi Rumah Tangga Bersama Kamal Adli

    Artikel Berkaitan: ‘Sikit Pun Tak Pernah Keluar Dari Mulut Saya Penat & Burn Out Jaga Anak’ – Uqasha Senrose

    Uqasha fail cerai

    Menurut sumber terdekat seperti dipetik Utusan Malaysia, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, dijangka hadir ke mahkamah hari ini bagi prosiding sebutan pertama kes perceraian tersebut.

    Difahamkan, hubungan pasangan selebriti ini mula dilanda masalah sejak April lalu, namun isu itu tidak berpunca daripada kehadiran orang ketiga.

    MENARIK:  Liam Payne Didakwa Bergelut Dengan Kesihatan Mental & Ketagih Alko*ol Sebelum Maut

    Difahamkan, kedua-duanya tidak lagi tinggal sebumbung dan Uqasha kini menetap bersama ibunya.

    Sebelum ini, tindakan Uqasha yang memuat naik beberapa luahan hati di media sosial mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen, yang mengaitkannya dengan pergolakan rumah tangganya bersama Kamal.

    Namun, ketika ditemui pihak media di program televisyen malam tadi, pelakon Gerak Khas Undercover itu memilih untuk berdiam diri dan enggan mengulas lanjut mengenai keadaan rumah tangganya.

    Untuk rekod, Uqasha dan Kamal disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang.

    Hasil perkongsian hidup itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

    Sumber: Utusan Malaysia

    The post Uqasha Senrose Fail Cerai Terhadap Kamal Adli, Bukan Kerana Orang Ketiga? first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah