29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ikmal Amry Juara, Tumpaskan Hun Haqeem

    Shopee Sale



    Pertarungan Fury Championship

    Pelakon Ikmal Amry berjaya menumpaskan lawannya, Hun Haqeem, pada pusingan pertama minit ketiga Pertarungan Fury Championship yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur,  pada malam Jumaat.

    Lawan tetap lawan

    hun haqeem

    Pertarungan yang bermula sekitar jam 12.01 tengah malam menyaksikan Ikmal terus memberi tumbukan sehinggakan Hun gagal mengawal rentak permainan dan mengalami kecederaan di bahagian lutut serta hidung berdarah.

    Ketika ditemui , Ikmal, 31, bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh pada malam itu. Namun, dia bersimpati dengan kecederaan yang ditanggung oleh sahabatnya, Hun.

    Saya kasihan dengan Hun, tapi benda sudah jadi. Kita dalam sukan tempur profesional, apa yang kita boleh buat di dalam gelanggang, itu yang saya buat.

    Tambah bapa kepada dua anak ini, dia mengetahui Hun pernah mengalami kecederaan pada bahagian lutut iaitu Anterior Cruciate Ligament (ACL)  namun itu tidak menjadi tiket mudah kemenangan.

    Tidak. Sebenarnya saya ada rasa simpati sedikit terutama apabila saya tengok hidung dia dah berdarah ketika itu. Saya rasa perlu perlahankan rentak sedikit.

    Tetapi sebenarnya saya pun tak tahu nak buat apa. Kemudian jurulatih minta saya bertenang, malangnya lutut Hun cedera. Mungkin dia boleh buat lebih baik dalam pertarungan itu.

    Tak nak bertarung dalam masa terdekat

    Hun Ikmal Fury Championship

    Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Zulikmal Amry Ghazali memberitahu dia enggan berlawan dengan Hun pada waktu terdekat kerana mahu aktor itu sembuh sepenuhnya.

    Untuk perlawanan ini, dia yang setuju untuk bertarung dengan saya. Sebelum ini memang saya mencari pihak lawan dan dia yang menawarkan diri sekali gus membuatkan saya terkejut.

    Saya berat hati sebenanrya nak lawan Hun. Kalau boleh saya nak bertarung dengan pihak lawan yang tidak saya kenali, lagi seronok. Sekarang saya rasa simpati, bukan nak menang sangat.

    Bila jadi macam ini saya fikir tidak mungkin saya mahu bertarung dengannya lagi. Tentunya bukan dalam masa terdekat. Dia kena pastikan kecederaannya sembuh sebaiknya.

    Fury Championship merupakan kejohanan sukan tempur pertama dianjurkan di Malaysia.

    MENARIK:  Jeslina Hashim Kini Isteri Tunku Eddy Nasruan, Lapan Tahun Menyemai Cinta Akhirnya Ke Jinjang Pelamin

    Kejohanan ini menampilkan barisan pejuang profesional, pencabar amatur, pempengaruh, serta selebriti, menjanjikan pengalaman penuh adrenalin bagi peminat sukan tempur.

    Diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wafiy dan Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Jaasuzuran, Fury Championship lahir daripada minat mendalam mereka terhadap sukan tempur serta visi untuk membawa industri sukan ini ke tahap lebih tinggi.

    Mengambil inspirasi daripada gergasi global seperti ONE Championship, Jaa dan Wafiy berhasrat menjadikan Fury Championship sebagai platform utama sukan tempur di Malaysia.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah