28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ibu Kesal Bawa Khatan Cara Tradisional, Anak Alami Pendarahan Teruk Akibat Jahitan Tak Teratur – ‘Tak Dibius, Dia Meronta Kesakitan’

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Kerenah remaja yang bersunat selalunya mencuit hati, terutama apabila mereka risau akan kesakitan yang bakal dialami.

    Namun, berbeza dengan kisah kali ini apabila seorang individu memilih kaedah tradisional untuk anaknya bersunat, sehingga meninggalkan pengalaman yang traumatik buat si anak.

    Cara moden

    Sekadar gambar hiasan

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang individu menceritakan pengalaman pahit ketika anaknya menjalani proses bersunat secara tradisional.

    Menurutnya, situasi itu cukup memilukan apabila kedengaran kanak-kanak menjerit kesakitkan sepanjang prosedur berkhatan berlangsung, ekoran tidak dibius.

    Anak kedua ini dia nak rasa seronok dengan kawan-kawan, mandi bomba.

    Tapi sunatnya tanpa bius ya. Buat dengan Tok Mudim.

    Anak-anak seramai 74 orang. Bayangkan macam mana mereka menjerit kesakitan.

    Cara ini hanya sekadar makan ubat satu biji dan sembur sesuatu yang saya juga kurang pasti apa.

    Dalam pada itu, individu terbabit memaklumkan anaknya mengalami pendarahan yang tidak henti setelah selesai disunat.

    MENARIK:  Fazleey Yaakob Minta Percerahan, Kenapa Ramai Isteri Mengelak Bila Suami Ajak Berjimak?

    Trauma pada anak

    Sekadar gambar hiasan

    Berkongsi lebih lanjut, individu yang dikenali sebagai Mas itu mengambil keputusan untuk membawa anaknya ke klinik berdekatan.

    Benda ini trauma pada anak-anak, percayalah.

    Anak saya bleeding banyak sangat sampai tembus kena seat kereta.

    Bila pergi klinik, mereka suruh ke hospital besar untuk berjumpa pakar.

    Anak kena operate. Dia bernafas menggunakan bantuan mesin.

    Perkara ini akan menjadi sejarah hitam dalam hidup anak-anak.

    Pada akhir perkongsian, Mas sempat berpesan kepada tukang khatan agar tidak ‘memperjudikan’ keselamatan kanak-kanakyang datang untuk berkhatan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah