28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fazleey Yaakob Minta Percerahan, Kenapa Ramai Isteri Mengelak Bila Suami Ajak Berjimak?

    Shopee Sale

    Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mengajukan persoalan mengapa segelintir isteri dilihat kerap mengelak apabila suami mengajak untuk bersama.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lan Pet Pet Minta Maaf Kepada Fazura Isu Lawak Lucah – ‘Saya Tidak Mempunyai Sebarang Niat’

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Sampai Tukar Skin Tone Bila Pakai Foundation, Letak Blusher Macam Kena Penampar’ – Fazley Yaakob

    Isteri mengelak?

    Menerusi hantaran di Threads, Fazley, 47, berkata dia terpanggil untuk bertanya mengenai perkara tersebut selepas membaca banyak luahan para suami yang berdepan situasi sama.

    Banyaknya luahan para suami yang mengeluh sebab isteri menolak setiap kali diajak bersama.

    Ada yang cakap, “kalau ikutkan hati nak tiga hingga empat kali seminggu, tapi kasihan isteri penat. Bila minta satu atau dua kali pun isteri tak nak”.

    Menurut Fazley lagi, persoalan tersebut bukan bertujuan menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya untuk membuka ruang kefahaman antara suami dan isteri.

    Biasanya kenapa isteri-isteri banyak mengelak bila situasi ini berlaku? Saya neutral ya, tak salahkan suami atau isteri.

    Saya cuma nak bantu para suami faham kenapa seorang isteri itu susah nak ‘melayan’. Bukan semua benda boleh dilihat dari satu sudut saja.

    Dalam masa sama, Fazley turut mengajak orang ramai, khususnya golongan isteri untuk berkongsi pandangan dan pengalaman agar isu tersebut dapat difahami dengan lebih matang.

    Cuba kongsi sedikit supaya geng-geng suami dapat pencerahan. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang pasangan tanggung setiap hari.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Single ‘Die On This Hill’ Angkat Nama Sienna Spiro Di Malaysia, Gen Z Gelar ‘New Adele

    The post Fazleey Yaakob Minta Percerahan, Kenapa Ramai Isteri Mengelak Bila Suami Ajak Berjimak? first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah