Pelakon, Fikry Ibrahim dan isterinya, Siti Khalizah Alihan mengundang perhatian ramai dilihat menaiki motosikal bersama dalam suasana santai.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Belum Bertudung Sepenuhnya, Masih Belajar Jadi Lebih Baik Dari Segi Rohani & Emosi’ – Isteri Fikry Ibrahim
Artikel Berkaitan: Fikry Ibrahim Main Saham, Jana Pendapatan Sampingan
Momen gembira

Menerusi muat naik di Instagram, pemilik nama Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, berkongsi momen mesra bersama Khalizah apabila meluangkan masa menunggang motosikal mengelilingi ibu kota.
Jalan-jalan spontan dengan co-pilot kesayangan.
Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian ramai apabila rata-rata warganet tumpang gembira melihat kebahagiaan rumah tangga yang dibina.
Doa netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mendoakan agar pasangan itu berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Sebelum ini, Fikry dan Khaliza mencuri perhatian apabila isterinya memfailkan penceraian selepas empat bulan mendirikan rumah tangga.
Rumah tangga Fikry dan Khalizah didakwa mula goyah sejak Mei lalu apabila timbul khabar angin mendakwa hubungan mereka sudah mula dingin.
Untuk rekod, Fikry dan Khalizah berkahwin pada 12 Januari lalu dalam sebuah mahjlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Kedah.
Ini merupakan perkahwinan kedua untuk Khalizah.
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] Fikry Ibrahim & Isteri Pamer Momen Bahagia Naik Motor, Netizen Tumpang Gembira first appeared on OHBULAN!.





