
Tidak pernah duduk diam dalam mencari rezeki, aktor kacak Fattah Amin kini tampil dengan perniagaan bersama keluarga iaitu menjual tudung.
Jual bersama ibu dan adik
Terbaharu, tular rakaman video memaparkan sesi siaran langsung Fattah yang menjual tudung yang diberi nama ‘Tudung Azizah’.
Dapat dilihat, jualan tudung itu dijual Fattah bersama ibunya, Azizah Abdul Ghani beserta dua adik perempuannya iaitu Intan dan Raihan.
Ujar Fattah dan ibunya, mereka memilih untuk menjual kain tudung bidang 50′ adalah untuk menggalakan pembeli untuk menutup aurat dengan sempurna.
Kita jual bidang 50′ sebab ‘tagline’ kita apa ibu? #yangpentingtutupauratdengansempurna.
Kita tak jual bidang pendek sebab ibu dan adik-adik saya pakai tudung labuh.
Selain itu, ramai juga yang minta saya keluarkan tudung saiz ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kecomelan keluarga Fattah dan tertarik dengan cara mereka yang tidak terlalu keterlaluan ketika menjual tudung.
Komen netizen









