33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Susah Nak Mandi, Dari Luar Rumah Boleh Bau’ – Isteri Stres Hadap Suami Kepam, Dakwa Malas Bantu Buat Kerja Rumah

    Shopee Sale

    Seorang wanita meluahkan rasa kesal dengan sikap suaminya yang didakwa tidak menjaga kebersihan diri sehingga mengganggu keselesaannya di dalam rumah.

    Artikel Berkaitan: Wanita Dikecam Anggap Lelaki Kelantan ‘Red Flag’, Bau Kepam & Mudah ‘Culture Shock’ – ‘Suka Orang Johor Sebab Ada Kelas Tersendiri

    Artikel Berkaitan: Influencer Wanita Dikecam Sebab Hina Individu Berbadan Besar

    Suami berbau busuk

    Menerusi perkongsian di Threads, wanita tersebut berkata, tabiat suaminya yang tidak membersihkan diri selepas melakukan aktiviti telah menyebabkan bau badan yang kurang menyenangkan di dalam rumah.

    Fizikalnya agak besar, kalau lepas balik kerja, balik dari aktiviti luar, susah sangat nak terus mandi. Busuk sangat bau badan.

    Terus baring dekat kerusi atau katil, rumah memang bau busuk sangat. Kadang tu memang tak mandi langsung seharian sampai tidur malam.

    Bayangkan orang badan besar bau kepam sangat busuk, dari luar rumah dah boleh bau.

    Menurut wanita itu, bau badan suaminya juga melekat pada pakaian sehingga sukar untuk dicuci.

    Kalau basuh baju dia, susah sangat nak hilang bau busuk. Dah basuh masih busuk.

    Stres juga hidup dgn orang busuk ni. Pernah belikan antibacterial shower tapi tetap bau busuk badan tu.

    Bukan itu sahaja, wanita berkenaan juga mendakwa suaminya mempunyai selera makan yang sukar dikawal dan tidak menitikberatkan tentang pengambilan minuman manis berlebihan.

    Selera makan pula memang besar gila. Kalau makan tak ingat orang belakang.

    Tapi tahu malu makan banyak kalau keluar makan dengan kawan-kawan dia, atau pergi rumah orang. Memang sikit je dia ambil.

    Padahal tahu memang tak cukup. Kalau dekat rumah makan macam kena rebut-rebut sebab dia akan habiskan semua lauk.

    Kalau membeli tak sah kalau tak beli dua tiga botol air manis, botol besar. Boleh habis in one shot. Kesian bila orang perli tak jaga kesihatan tapi dia sendiri tak hirau. 

    Tambah wanita itu, dia turut berasa sangat kecewa dengan sikap suami yang didakwa berat tulang untuk membantu melakukan kerja-kerja di rumah mereka.

    Sudahnya, susah sangat nak tolong buat kerja rumah. Ni ke orang cakap gemuk pemalas?

    Sumber: Threads

    MENARIK:  [VIDEO] Dynas Mokhtar Saran Beri Watak Pada Pelakon Berbakat Berbanding Rupa Paras – ‘Suruh Menangis Tapi Tak Boleh’

    The post ‘Susah Nak Mandi, Dari Luar Rumah Boleh Bau’ – Isteri Stres Hadap Suami Kepam, Dakwa Malas Bantu Buat Kerja Rumah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah