27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ramai Boleh Jadi Hebat! RM10,000 Menanti Siapa Sanggup Jadi “Yang Terhebat”

    Shopee Sale

    Kadang-kadang kita rasa kita dah buat yang terbaik.

    Dah push diri habis-habisan tetapi dalam kepala, tetap ada satu suara kecil yang cakap…

    “Aku boleh pergi lagi jauh.”

    Itulah ruang di antara hebat dan terhebat yang cuba diterokai Goodday Charge menerusi kempen terbaharu mereka, “Yang Terhebat.”

    Dengan tagline, “Memang ada yang hebat, hingga munculnya yang terhebat,” Goodday Charge bukan sekadar bawa kempen biasa tapi satu penceritaan yang fokus pada mindset, fokus dan kekuatan mental untuk naik ke level seterusnya.

    Bila 5 drama popular bersatu dalam satu karya

    Taruhan utama kempen ini ialah sebuah filem hero berdurasi satu minit yang menghimpunkan barisan pelakon daripada lima siri tempatan premium iaitu One Cent Thief, First Wives, Generasi: Perfect 10, Honey Trap dan Bad Cop.

    Antara wajah yang terlibat termasuk Syafiq Kyle, Mimi Lana, Arena Wan, Nina KSC, Aiman Hakim dan ramai lagi.

    Apa yang menarik, kekuatan dalam cerita-cerita ini tidak datang dalam satu bentuk sahaja, setiap satunya berbeza, tetapi menuju tujuan yang sama.

    Gabungan ini sebenarnya melambangkan DNA Goodday Charge iaitu tenaga konsisten, fokus bawah tekanan dan keberanian untuk jadi yang terhebat.

    Dari TVC 30 saat ke finale 1 minit yang sinematik

    Penceritaan “Yang Terhebat” dibina secara berperingkat.

    Setiap siri diperkenalkan melalui TVC 30 saat tersendiri yang diinspirasikan daripada dunia drama masing-masing dengan elemen fokus, ketahanan mental dan keazaman yang ditampilkan dalam gaya unik mereka.

    Kemudian, kesemua cerita ini disatukan dalam sebuah TVC finale berdurasi 1 minit berjudul “Yang Terhebat” yang menjadi kemuncak kepada keseluruhan kempen.

    Kalau korang perasan, ada satu elemen yang konsisten muncul dalam setiap video iaitu simbol kilat kuning, yang jadi identiti visual kempen ini.

    Cabaran digital: Bila AI jadi ‘playground’ kreatif

    Tak cukup di TV, Goodday Charge bawa kempen ini ke dunia digital menerusi Goodday Charge AI Content Creator Contest.

    MENARIK:  Linda Onn 'Spill The Tea', Sama Nasib Dengan Tyzo Xander? - 'Hujung Dakwat Pen Menentukan Nasib Kita'

    Orang ramai termasuk korang dicabar untuk hasilkan kandungan AI berdasarkan tafsiran sendiri tentang “Yang Terhebat” sama ada bab tenaga, fokus, keyakinan diri, produktiviti, atau momen kemenangan dalam hidup.

    Paling best, hadiah keseluruhan mencecah RM10,000. Jadi kalau rasa kreatif tengah ON, ini memang peluang untuk tunjuk bakat sambil rebut hadiah.

    tuk bertarung merebut gelaran “Yang Terhebat”, dengan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM10,000.

    Ini caranya untuk sertai cabaran Goodday Charge AI

    View this post on Instagram

    A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

    Berminat untuk join? Korang hanya perlu ikuti tiga langkah mudah sahaja untuk berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM10,000. Berikut merupakan cara-caranya:

    1. Muat naik video anda ke TikTok atau Instagram
    2. Gunakan hashtag #ChargeTerhebat #GooddayCharge
    3. Tetapkan akaun korang kepada public

    Syarat penyertaan:

    1. Hasilkan video berdurasi 15 saat hingga 1 minit dan 80% video korang mestilah menggunakan AI.
    2. Tunjukkan semangat Goodday Charge: Tenaga, Fokus, Keyakinan, Produktiviti dan elemen Kemenangan.
    3. Produk dan logo Goodday Charge dan Astro Originals mestilah jelas kelihatan.

    Lebih dari minuman, ini tentang mindset

    Kempen Goodday “Yang Terhebat” sebenarnya bukan sekadar pasal minuman tenaga, tapi tentang mindset untuk menang dalam hidup seharian sama ada di tempat kerja, belajar, bersukan atau kejar impian sendiri.

    Daripada skrin TV ke media sosial, daripada AI ke cabaran dunia sebenar, Goodday Charge berjaya jadikan kempen ini satu pengalaman yang hidup, interaktif dan dekat dengan generasi hari ini.

    Pendek kata, jadi hebat itu biasa.

    Tapi untuk jadi Yang Terhebat kena ada tenaga, fokus dan mental yang betul-betul padu.

    Ketahui lebih lanjut mengenai Cabaran Goodday Charge AI dengan layari TikTok rasmi Goodday Charge dengan klik di SINI.

    The post Ramai Boleh Jadi Hebat! RM10,000 Menanti Siapa Sanggup Jadi “Yang Terhebat” first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah