Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir mengakui bahawa dia tidak pernah mempunyai masalah atau pandangan negatif terhadap poligami sejak kecil lagi.
Artikel Berkaitan: Dina Nadzir Rasa Tak Layak Dicintai, Turun Berat Badan Sebab Sedih – ‘Kebenarannya Saya Tidak Gembira’
Artikel Berkaitan: Dina Nadzir Berjaya Harungi Titik Terendah Dalam Hidup Selepas Dengar Karya Aina Abdul – ‘Lagu Imaji Tarik Saya Keluar Dari Depression’
Perlu kenalkan pada isteri pertama dahulu

Menerusi sebuah podcast bersama Confession Bilik Gelap, pemilik nama sebenar Faradina Mohd Nadzir menegaskan hubungan berpoligami perlu dilakukan secara telus dan jujur tanpa berselindung daripada isteri sedia ada.
Tambahnya lagi, dia pernah menerima lamaran untuk dijadikan isteri kedua, namun menolak kerana lelaki tersebut enggan memperkenalkannya kepada isteri pertama.
Saya tak pernah ada masalah dengan poligami daripada kecil lagi.
Itu yang ayah saya risau.
Tetapi sekiranya, perkara itu transparent.
Sebab pernah sahaja yang dia nak jadikan saya sebagai isteri nombor dua, isteri nombor tiga, pernah.
Lepas itu saya macam, ‘Okay, tapi awak nak kenalkan saya dengan isteri pertama awak?’
Tapi dia jawab tak nak kenalkan pula.
Dia cakap, ‘Tak apa lah, kita kahwin dulu ah’.
Saya tak nak.
Tak nak menyondol

Dalam pada itu, Dina mengakui dia tidak mahu terlibat dalam hubungan yang disorokkan dan menganggap ketelusan sebagai perkara paling penting dalam sesebuah perhubungan.
Perkara ini kena transparent.
Sebab saya sendiri transparent.
Awak tanya apa, saya terus jawab.
Sebab saya tak reti menipu.
Kalau saya nak menipu, kena plan dulu, tulis skrip dekat tepi.
Dalam masa sama, Dina menegaskan dia sebolehnya tidak mahu menjadi perosak rumah tangga dan akan sentiasa menjaga batas apabila melibatkan lelaki yang sudah berumah tangga.
Saya tidak kisah, sebab sebolehnya saya tak akan menyondol.
Kalau dia suami orang, saya tahu jaga batas saya.
Sumber: Instagram
The post ‘Saya Tak Ada Masalah Dengan Poligami, Sebolehnya Tak Nak Sondol’ – Dina Nadzir first appeared on OHBULAN!.





